• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjawatan Anggota Polis Di Bagan Datuk Disegerakan

oleh AK-47
17/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Perjawatan anggota polis untuk ditempatkan di daerah Bagan Datuk akan disegerakan bagi mewujudkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk, kata Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan.

Beliau berkata pengambilalihan tanah seluas enam hektar sebagai tapak IPD itu telah selesai dan kerja-kerja pembinaan akan dijalankan tidak lama lagi.

“Buat masa sekarang anggota di Balai Polis Hutan Melintang dan Balai Polis Bagan Datuk akan ditambah bagi memenuhi keperluan penugasan sementara menunggu IPD Bagan Datuk itu siap,” katanya ketika berucap pada majlis serah terima tugas ketua polis daerah Hilir Perak di sini, hari ini.

Pada majlis itu, bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan ACP Wan Hassan Wan Ahmad, 50 yang bertukar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.

Dalam ucapannya Hasnan turut memuji Wan Hassan kerana telah menjalankan tugas dengan cemerlang selama 14 bulan termasuk menurunkan kadar jenayah di Hilir Perak sebanyak 14 peratus.

“Saya kagum dengan prinsip dan komitmen beliau. Malah kecemerlangan Wan Hassan turut mendapat pujian daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setiap kali ada program di Hilir Perak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Marzukhi berazam untuk melaksanakan tugasnya sebaik mungkin di Hilir Perak yang merupakan daerah tugasan pertamanya di luar Lembah Klang. – BERNAMA

Tags: Datuk Hasnan Hassan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Kenal Pasti 19 Parlimen, 31 DUN Kawasan Panas

26/04/2018
0

IPOH - Sehingga kini, polis Perak mengenal pasti 19 Parlimen dan 31 Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai kawasan panas di...

8,900 Polis, PVR Perak Siap Siaga Hadapi PRU14

14/11/2017
0

IPOH - Seramai 8,900 pegawai dan anggota Polis Kontinjen Perak akan ditugaskan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd