• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhilitan Pantau Gajah Di Kg. Orang Asli Pos Pasik

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menugaskan empat anggotanya bagi menjejaki kira-kira 10 ekor gajah liar yang memusnahkan tanaman penduduk dan merosakkan kuarters guru di perkampungan Orang Asli Pos Pasik, pedalaman Gua Musang semalam.

Pengarahnya, Mohd Hasdi Husin berkata pemantauan anggota terbabit mendapati kumpulan gajah liar itu telah kembali memasuki kawasan hutan berhampiran perkampungan berkenaan.

“Pihak kami akan terus memantau dan menjejaki haiwan terbabit sehingga beberapa hari lagi bagi memastikan gajah liar itu tidak memasuki kawasan perkampungan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Hasdi menasihat penduduk di perkampungan itu agar tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengusir gajah liar terbabit kerana ia boleh mengancam nyawa mereka dan sebaliknya hendaklah melaporkan segera kepada Perhilitan.

Penduduk di perkampungan berkenaan mendakwa sekumpulan 10 ekor gajah liar memasuki perkampungan berkenaan memusnahkan tanaman pisang dan menyebabkan kerosakan kecil pada sebuah bangunan kuarters guru Sekolah Kebangsaan Sri Permai.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, kuarters guru terbabit yang mempunyai 10 pintu, kosong kerana semua guru masih dalam perjalanan ke sekolah tersebut selepas pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Penghulu Pos Pasik, Hashim Harun dilaporkan berkata kumpulan gajah liar itu dilihat berkeliaran di kawasan kuarters guru dan rumah penduduk di kampung berkenaan selama tiga jam sebelum beredar ke kawasan hutan berhampiran pada 6 pagi.

Kumpulan gajah liar itu dipercayai mencari makanan di kawasan perkampungan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Gajah LiarMohd Hasdi Husin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

21/03/2023
0

GERIK – Seekor gajah liar yang menimbulkan kebimbangan penduduk dan merosakkan tanaman di Kampung Durian Burung, Bongor di sini akhirnya...

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

03/02/2023
0

GUA MUSANG: Lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini hidup dalam ketakutan selepas seekor gajah liar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd