• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbualan Terakhir Puteri D ‘Hantui’ William, Harry

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Mengimbau perbualan telefon terakhir bersama Puteri Diana menyebabkan dua putera kesayangannya begitu hiba kerana ia sering menghantui mereka.

“Kalaulah kami tahu ia adalah perbualan terakhir dengannya.

“Tetapi ketika itu, saya dan Harry terburu-buru mengucapkan selamat tinggal.

“Namun panggilan itu kekal dalam ingatan sehingga kini,” kata putera sulung, William.

Sempena ulang tahun ke-20 pemergian Puteri Diana, pewaris takhta Britain, Putera William dan adiknya, Putera Harry mendedahkan mengenai perbualan dengan ibu mereka, pada hari Puteri Diana maut dalam kemalangan.

Ketika itu, William baru berusia 15 tahun dan Harry, 12, tahun.

Ibu mereka dan teman lelakinya, Dodi Al-Fayed, terbunuh pada Ogos 1997 selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dalam terowong di Paris ketika ia dikejar jurugambar.

Pemandu mereka yang berketurunan Perancis, Henri Paul, yang kemudian didapati darahnya mengandungi alkohol juga maut dalam tragedi itu.

Kedua-dua putera itu berada di Balmoral, kediaman Ratu England di Scottish Highlands, dan William sebelum itu memberitahu Diana bahawa mereka begitu gembira di istana itu.

“Ibu bercakap dari Paris, saya tidak ingat apa yang saya katakan, tetapi apa yang saya ingat penyesalan seumur hidup kerana betapa singkatnya perbualan itu, ” kata Harry kepada saluran televisyen ITV bagi dokumentari mengingati mendiang puteri itu.

Awal tahun ini, kedua-dua putera itu mengumumkan penubuhan jawatankuasa mengumpul dana bagi membiayai pembinaan tugu Diana, dikenali sebagai Puteri Wales di taman awam Istana Kensington di London, tempat tinggal Diana. – AFP/mStar Online

Tags: putera harryputera williamputeri diana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakam,Ejek Lelaki Lemas Di Dalam Kolam

Next Post

270 Saman, 17 Motosikal Disita Dalam Op Tutup

Related Posts

Kematian Puteri Diana ‘Bukan Satu Kemalangan’

27/05/2019
0

LONDON - Seorang lelaki bersama pasangannya yang menyaksikan kemalangan jalan raya yang mengorbankan Puteri Diana menjelaskan kematian puteri kesayangan ramai...

Taman Tema 3D Kematian Puteri Diana Di AS

26/05/2019
0

NASHVILLE – Sebuah taman tema dilancarkan di Amerika Syarikat mengimbau kembali tragis kematian mendiang Puteri Diana. Taman tema yang direka...

Next Post

270 Saman, 17 Motosikal Disita Dalam Op Tutup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd