Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Khazanah Nasional Teruskan Kerjasama...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. hari ini berkata, ia akan terus bekerjasama...

JPJ Buka Bidaan Nombor...

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka bidaan nombor pendaftaran kenderaan 'Malaysia'...

Manfaatkan Portal MyWanita Untuk...

KUALA LUMPUR - Usahawan wanita yang baharu berkecimpung dalam perniagaan secara dalam talian...

Khazanah, KWSP Tolak Maju...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan menolak tawaran Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil...

‘Perang’ Pemilihan Fattah Amin Semakin Sengit

TIDAK habis-habis lagi cerita kontroversi si pelakon kacak ini. Dulu, hangat gosip cinta lokasi, kini isu pemilihan berlakon pula.

Baru-baru ini menerusi laman web Gopetition, muncul satu petisyen yang membantah sekerasnya pelakon Hero Seorang Cinderella ini membintangi watak utama dalam drama remake, Coffee Prince.

Kini! muncul pula satu lagi petisyen yang menyokong pelakon tersebut! Fuh… nampaknya ‘perang’ pemilihan Fattah sebagai hero drama popular diadaptasi dari Korea Selatan tersebut semakin sengit!

Sekumpulan peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Team 5 Angles’ telah memulakan langkah yang sama bagi menyokong Fattah untuk memegang watak utama dalam drama tersebut.

Petisyen penyokong aktor itu malahan mendapat lebih banyak tandatangan iaitu kira-kira 2,098 berbanding petisyen membantah pula hanya 327 sahaja.

Keadaan ini telah menunjukkan bahawa petisyen menyokong adalah lebih banyak berbanding yang membantah.

Selain itu, Team 5 Angles ini turut menyenaraikan sepuluh sebab mengapa Fattah layak untuk melakonkan watak hero tersebut.

Antaranya, mereka menyatakan bahawa fizikal dan ketinggian Fattah adalah mirip dengan pelakon asal drama itu, Gong Yoo.


Ekoran itu mereka berasa bahawa pelakon ini amat sesuai memegang watak tersebut.

Berikut adalah alasan lain yang disenaraikan:

Haaa… Semakin sengit nampaknya ‘peperangan’ ini!

Siapakah hero drama ini sebenarnya? Adakah drama ini bakal meletup seperti cerita asalnya? Tunggu dan lihat sahaja nanti… – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori