• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Bakal Wujud Geopark Untuk Tarik Pelancong

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Negeri Perak kini merancang untuk menjadikan negeri ini sebagai kawasan pelancongan berkonsepkan geopark antara yang terbesar di Malaysia, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata beberapa kawasan di sekitar Lembah Kinta antaranya gua dan bukit telah dikenal pasti untuk tujuan itu dan ia kini dalam proses penilaian oleh Geopark Kebangsaan Malaysia (GKM).

“Kita telah menerima cadangan dari satu pasukan jawatankuasa yang ditubuhkan melalui Jabatan Geologi dan Geosains (JMG) untuk mewujudkan geopark di kawasan Lembah Kinta dan ia kini dalam proses mendapatkan pengiktirafan oleh GKM.

“Sesetengah kawasan yang dikenal pasti telah diketahui umum seperti Gua Tempurung dan Gunung Korbu manakala selebihnya kurang diketahui, jadi kita akan ketengahkan kawasan-kawasan itu sebahagian daripada perancangan geopark ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Katanya, apabila kesemua kawasan itu dipersetujui dan diiktiraf oleh GKM, pihaknya akan memohon untuk mendapatkan pengiktirafan dari Unesco Global Geopark.

Zambry berkata dengan adanya geopark itu ia pastinya menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara untuk melihat atau mengkaji keindahan dan warisan yang terdapat di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) ialah gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad Malaysia mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd