• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Semakin Memahami Pelan TN50

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Penjawat awam dilihat semakin memahami pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) menerusi soalan serta aspirasi dikemukakan mereka pada sesi dialog yang diadakan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau bagaimanapun berkata terdapat juga aspirasi yang dinyatakan penjawat awam boleh diselesaikan tanpa perlu menunggu TN50.

“Secara umum majoriti faham tetapi ada kumpulan yang kecil lebih terdesak (menyatakan aspirasi) dengan melihat keadaan semasa, tetapi kita bagi ruang juga. Beberapa perkara boleh diselesaikan dalam tempoh lima hingga 10, bukan tidak relevan tetapi juga penting dalam kita menuju TN50,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Dialog TN50 bersama 1,500 penjawat awam peringkat negeri Sarawak di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Mengulas lanjut mengenai sesi dialog hari ini, Ali berkata pola soalan dan aspirasi diterima mempunyai persamaan dengan dua sesi terdahulu bersama penjawat awam yang diadakan di Putrajaya, Mei lalu dan Sabah pada 11 Julai.

“Pada ketiga-tiga perjumpaan aspirasi TN50 penjawat awam adalah standard yang semua minta dan lebih tertumpu kepada penambaikan pendidikan bermula di peringkat taska, sekolah dan universiti.

“Ada juga pendapat diberikan tentang kesihatan menjelang TN50, pembangunan luar bandar dan seperti kita dengar tadi menjadi aspirasi penjawat awam di Sarawak supaya jalan-jalan ladang menjadi perkara utama atau kemudahan asas masih perlu disiapkan sebelum TN50,” katanya.

Ali berkata sesi dialog TN50 bersama penjawat awam, serta orang ramai termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta, akan diteruskan untuk mengumpul serta membina sebuah negara yang lebih baik pada tahun 2050.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mahu dapatkan pendapat rakyat sebab itu sesi dialog ini perlukan masa yang panjang. Insya-Allah kita akan buat rumusan, dasar TN50 akan disiapkan sebelum kita laksanakan, kita ada sekretariat yang akan mengumpul semua maklumat dan kemukakan untuk perbincangan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaTN50
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

Jenazah Allahyarham Ali Hamsa Dibawa Pulang Isnin Ini

23/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd