• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencipta Nama Proton Saga Terpilih Tunaikan Haji

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Ismail Jaafar, pencipta nama kereta nasional pertama Malaysia, Proton Saga, teruja apabila turut terpilih antara mereka yang dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Ismail, 70, yang memenangi peraduan mencipta nama kereta buatan Malaysia itu pada 1985 berkata, dia sentiasa berdoa bahkan saban tahun mengemukakan rayuan agar namanya dan isteri, Sariah Abdul Rahman, 68, tersenarai.

“Alhamdulillah, pada hari raya yang keenam lalu, saya menerima panggilan telefon daripada pihak Tabung Haji, memaklumkan bahawa kami berdua disahkan sebagai terpilih untuk ke Tanah Suci.

“Perasaan kami memang terlalu gembira, sepatutnya giliran kami lagi dua tahun, tetapi atas faktor usia, kami mahu segera ke sana,” kata anggota pesara tentera tersebut.

Dia ditemui pemberita pada majlis pelepasan jemaah haji daerah Kuala Muda ke Kursus Perdana Haji, di Masjid Sultan Mudzaffar Shah, di sini, hari ini.

Ismail yang berasal dari Pulau Pinang dan kini menetap bersama isterinya di Taman Nuri Jaya di sini, berdoa agar dia dan isteri diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci.

“Selain usia yang semakin meningkat, saya juga ada penyakit kencing manis, yang menyukarkan saya berjalan, namun saya berharap agar urusan ibadah kami dan jemaah lain berjalan lancar,” katanya.

Ismail yang bersara sejak lebih 20 tahun lalu, sebelum itu merupakan Staf Sarjan dengan jawatan terakhir disandang ialah sebagai Ketua Kerani di sebuah sekolah tentera (Kor Perkhidmatan) di Taiping, Perak.

Nama Proton Saga terpilih daripada keseluruhan 102,823 penyertaan yang diterima Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) selaku penganjur, dan pelancaran edisi pertama kereta nasional disempurnakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 1 September 1985.

Terdahulu, anggota Dewan Negara, Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff yang menyempurnakan majlis pelepasan jemaah haji berkenaan, berkata semua harus bersyukur kerana sistem pengurusan jemaah haji oleh Lembaga Tabung Haji adalah yang terbaik dan jemaah dapat beribadah dengan selesa.

“Saya berdoa agar 407 jemaah haji dari daerah ini dan jemaah haji dari seluruh negara, dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan beroleh haji yang mabrur,” katanya. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiProton saga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd