Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Waze 4.0 Diperkenalkan! Boleh...

WAZE yang kini dimiliki oleh Google menawarkan kemaskini aplikasi versi baru mereka kepada...

TPM Sahkan 2 Lelaki...

ALOR GAJAH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Gangguan Bekalan Air Sekitar...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan...

Siasatan Nahas Helikopter Termasuk...

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap punca nahas helikopter di Semenyih semalam yang meragut...

Pencapaian Dr. Nor Syahairah Inspirasi Golongan Muda

MELAKA – Pencapaian memberangsangkan pelajar perubatan dari Malaysia, Dr. Nor Syahairah Mohd Nor Norul yang menerima anugerah ‘Golden Graduation’ daripada Medical University of Warsaw, Poland, Isnin lepas menjadi sumber inspirasi kepada golongan muda.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata malah kejayaan itu turut memberi dorongan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan atau bidang lain supaya belajar bersungguh-sungguh demi menabur bakti kepada negara apabila tamat pengajian kelak.

“Tahniah diucapkan kepada seluruh tenaga pengajar dan ibu bapa beliau di atas kejayaan doktor muda ini kerana telah menjadi tulang belakang yang sentiasa menyokong dan mendorong ke arah pembentukan sahsiah yang baik sepanjang pembelajaran di universiti.

“Bukan mudah untuk menggapai segulung ijazah di kala berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang berada di negara orang, apatah lagi untuk mendapat penghargaan tertinggi daripada sesebuah universiti terkemuka dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata kejayaan Dr. Nor Syahairah memberi kenyakinan kepada pihak universiti antarabangsa untuk menghasilkan lebih ramai doktor muda berkemahiran tinggi dan mampu menggalas tanggungjawab penting ke arah peningkatan kualiti kesihatan masyarakat di negara ini.


“Saya percaya ia mampu menjadi penanda aras baharu dalam bidang perubatan negara sekali gus memberi mesej positif terhadap aspirasi yang bakal dijayakan dalam kerangka Transformasi Nasional 2050 untuk generasi akan datang,” katanya yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah.

Dr Nor Syahairah, anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka itu muncul sebagai pelajar terbaik perubatan dengan memperoleh markah tertinggi dan meraih pingat emas dalam kalangan lebih 70 pelajar antarabangsa dari Kesatuan Eropah, negara Timur Tengah dan Malaysia. – BERNAMA

Kategori