• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembelian Hotel London: Tangkapan Dalam Masa Terdekat

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada tangkapan akan dilakukan berhubung pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC) dalam masa terdekat, kata Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad.

“Seperti yang dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki, hasil semakan biro siasatan kita, ada tangkapan yang dilakukan dalam masa terdekat, iaitu waktu bekerja.

“Tunggulah, kita tunggu,” katanya ketika diminta tarikh spesifik penangkapan tersebut.

Dzulkifli berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran drama bersiri ‘Banteras’ kolobrasi antara SPRM dan Fantasy Film Sdn Bhd, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan memaklumkan jumlah yang akan ditangkap mahupun jawatan mereka.​​​

​​​​​​​​​​​​​​”Tangkapan kita buat dan selepas tangkapan mesti ada siasatan lanjut. Sekiranya ada siasatan lanjut, atau pun keperluan siasatan dan tangkapan lanjut, kita akan buat,” katanya.

SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC, dipercayai harga yang dibayar jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.

FIC dilaporkan membeli sebuah hotel empat bintang di Kensington, London pada STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Dis 2014. – BERNAMA

Tags: Datuk Azam BakiSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd