• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Didakwa Atas Lima Pertuduhan

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang lelaki yang cuba melepaskan diri daripada ditahan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga menyebabkan kemalangan melibatkan ​​​​​enam kenderaan di Nilai Isnin lalu, dituduh di Mahkamah Majistret Khas Trafik di sini, hari ini.

Mohamad Insani Abdul Ghani, 32, yang juga pemandu lori, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan tersebut, iaitu memandu secara berbahaya serta empat kesalahan trafik lain.

Kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Marlissa Fahmy.

Tertuduh didakwa memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara berbahaya kepada orang ramai di simpang tiga Jalan Permata 2, Nilai 3 antara 5.15 petang dan 6 petang, Isnin lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali mengemukakan pendakwaan memandu secara berbahaya ​​​​​​mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa menggunakan kenderaan tidak didaftarkan, mempamerkan nombor pendaftaran bukan kepunyaan kenderaan itu, memandu tanpa lesen kenderaan motor serta tanpa dilindungi polisi insurans pada 5.25 petang di lokasi dan tarikh yang sama.

Bagi kesemua empat kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 108(3)(f), Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(2) akta sama.

Jika sabit setiap kesalahan, denda RM1,000 dan maksimum RM20,000 atau dipenjara tiga bulan sehingga maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 bagi semua pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut.

Majistret Marlissa kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, dan menetapkan 3 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kesemua pertuduhan itu. – BERNAMA

Tags: pemandu lori
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

31/08/2025
0

KAJANG: Pemandu lori yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah ibu negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd