• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Taman Damai

oleh Ahmad Albab
17/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat SMK Mutiara di sini dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Taman Damai, Kampung Layangan di sini semalam (Ahad).

Mohd Shahrul Iskandar, 16, dikatakan sedang mandi bersama empat rakannya di pantai yang terkenal itu pada hujung minggu, apabila secara tiba-tiba kesemua mereka dipukul ombak besar kira-kira pukul 4 petang.

Empat rakannya Mohd Aiman B Sumardi, 12, Zul Azri Sufri, 12, Mohd Syafiq, 13, dan Khairuddin Karim,14, berjaya berenang ke tepian, bagaimanapun Mohd Shahrul gagal berbuat demikian.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terdiri daripada anggota bomba, polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dihantar ke lokasi kejadian untuk mencari pelajar itu sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.23 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin turut meminta nelayan tempatan membantu dalam operasi SAR itu.

Usaha mencari Mohd Shahrul yang berasal dari Kampung Sungai Labu masih diteruskan, namun setakat ini, dia belum dijumpai. – BERNAMA

Tags: mati lemaspelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd