• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Nafi Adakan Iklan Temuduga Terbuka Di Media Sosial

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan akan mengadakan temuduga terbuka untuk mengisi jawatan kosong bagi keperluan pasukan itu seperti yang tular dalam laman Facebook dan aplikasi Whatsapp.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman Senior Asisten Komisioner (ACP) Datin Asmawati Ahmad berkata temuduga terbuka itu adalah tidak benar dan PDRM tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti yang didakwa.

“Pengumuman rasmi mengenai pengambilan ke mana-mana jawatan PDRM hanya akan dibuat melalui portal rasmi PDRM www.rmp.gov.my dan Facebook rasmi, www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Asmawati berkata warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon mengisi jawatan dalam PDRM boleh membuat permohonan di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, www.spa.gov.my.

“Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan akan dipanggil untuk proses pemilihan sekiranya eksesais pengambilan PDRM dijalankan,” katanya.

Maklumat palsu yang sama membabitkan pengambilan terbuka untuk jawatan di PDRM  juga pernah beberapa kali tersebar di laman sosial sejak tahun 2015, menyebabkan Bukit Aman mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan perkara itu.

– BERNAMA

Tags: Datin Asmawati Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ujian Fizikal Eksesais Calon Anggota PDRM

21/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan ujian Fizikal Eksesais pengambilan jawatan konstabel lelaki di seluruh negara bermula...

PDRM Umum Pertukaran, Kenaikan Pangkat

01/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran serta kenaikan pangkat sembilan pegawai kanannya berkuat kuasa 4 September. Ketua Komunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd