• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Gantung Terbakar, Lebih 50 Gerai Musnah

oleh Ahmad Albab
14/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Lebih 50 gerai hilang sumber pendapatan selepas lima kedai menempatkan premis perniagaan menjual pelbagai barangan kraftangan dan pakaian di Pasar Gantung musnah dalam kebakaran di Jalan Stephen Tan, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 4.41 pagi itu, api marak dengan cepat sehingga merebak ke bangunan dua tingkat bersebelahan menyebabkan lima premis perniagaan – kedai emas, kasut, pakaian dan kedai menjual beg serta sebuah hotel bajet turut terbakar.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Pegawai Bomba Kanan 1, Faisal Ahmad. berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 pagi dan  tiba di lokasi dua minit kemudian dengan 25 anggota bersama empat jentera.

“Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan tekanan air rendah di kawasan tersebut, bagaimanapun hotel lain berdekatan, masjid serta lot kedai lain berjaya diselamatkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Faisal berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 7.23 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada kemalangan jiwa dilaporkan di tempat kejadian. Salah seorang saksi kejadian, Alias Alimuddin, berkata kebakaran bermula sebaik azan Subuh dilaungkan pada jam  4.41 pagi tadi.

“Kebakaran bermula dari hujung gerai berhampiran dengan pagar masjid bandar…api mula marak dari sebelah pagar masjid dan terus merebak ke gerai lain,” katanya.

Kebakaran pagi ini merupakan ketiga dalam masa dua minggu di Tawau selepas kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 4, pada 1 Julai lepas dan di Jalan Tawau Lama, Batu 2, Isnin lalu. – BERNAMA

Tags: kebakaranpasar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Speaker DUN Johor Meninggal Dunia

Next Post

Selangkah Lagi Bakayoko Ke Chelsea

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

Selangkah Lagi Bakayoko Ke Chelsea

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd