• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Warga Emas Terperangkap Dalam Lif

oleh Ahmad Albab
03/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Misteri kehilangan pasangan suami isteri warga emas selepas pergi ke sebuah pasar raya di Meru, di sini sejak kelmarin, terjawab selepas ditemui terperangkap dalam lif pasar raya berkenaan yang rosak pagi semalam.

Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 74 dan 70 tahun itu ditemui selamat tetapi dalam keadaan lemah berikutan berada dalam lif terbabit lebih 24 jam.

Kedua-duanya dipercayai terperangkap dalam lif berkenaan mulai jam 11.30 pagi kelmarin sebelum ditemui kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Kehilangan dua warga emas itu dimuat naik seorang daripada anak mangsa yang menggunakan nama Mohd Khalil menerusi laman sosial yang memaklumkan kedua ibu bapanya tidak pulang ke rumah selepas keluar ke pasar raya berkenaan pagi kelmarin.

Menerusi status itu, Mohd Khalil berkata, kedua-dua ibu bapanya tidak membawa telefon bimbit dan kesihatan tidak mengizinkan berikutan terpaksa bergantung kepada ubat serta badan menjadi menggeletar sekiranya lewat makan.

Susulan kehilangan warga emas itu, anak mereka membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang di sini pagi semalam.

Sumber polis berkata, seorang daripada anak mangsa berusia 42 tahun pergi semula ke pasar raya berkenaan untuk mencari kedua ibu bapanya dan menemui kereta jenis Proton Wira dinaiki mangsa di tempat letak kereta pasar raya terbabit.

Katanya, anak mangsa dan seorang pengawal mencari di sekitar pasar raya sebelum terdengar jeritan seorang lelaki di kawasan lif dan menemui kedua-dua mangsa.

“Kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi hari ini mengesahkan polis menerima laporan berkenaan. – Berita Harian

Tags: lifwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rabies: Penduduk Diarah Kurung Anjing, Kucing

Next Post

18 Warga Asing Ditahan Dalam Op Mega

Related Posts

Warga Emas Ditahan Baling Batu Ke Kenderaan

Warga Emas Ditahan Baling Batu Ke Kenderaan

08/07/2025
0

Kuching: Lelaki warga emas ditahan kerana disyaki terbabit dalam beberapa perbuatan khianat dengan melemparkan batu ke arah kenderaan yang melalui...

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

Warga Emas Maut Terkena Libasan Pokok Getah

02/07/2025
0

PENGKALAN HULU - Seorang warga emas maut selepas ditimpa pokok yang ditebang di kebunnya di Kampung Klian Intan di sini pada...

Next Post

18 Warga Asing Ditahan Dalam Op Mega

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd