• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pantai Batu Buruk Kini Kawasan Larangan Merokok

oleh Ahmad Albab
14/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Pantai Batu Buruk yang mempunyai keluasan kira-kira 49 hektar telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok pertama bagi kawasan pelancongan di negara ini bermula 1 Julai lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata pewartaan itu adalah tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan 2017, Taman-Taman Awam di seluruh Malaysia dan Taman Negara dan mereka yang melanggarnya akan dikenakan kompaun.

“Dalam masa tiga bulan ini kita masih menggunakan pendekatan penguatkuasaan pendidikan iaitu penguat kuasa akan memberi amaran terlabih dahulu kepada pengunjung yang didapati merokok di kawasan ini.

“Selepas daripada tempoh tiga bulan ini pengunjung yang merokok akan dikenakan kompaun,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pemasangan pelekat peringatan Kawasan Dilarang Merokok  sekitar kawasan Pantai Batu Buruk di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya pihak Kementerian Kesihatan menjalankan penguatkuasaan pendidikan bermula 15 Feb lalu di semua kawasan taman-taman awam di seluruh negara dan tamat  pada 31 Mei lepas.

Katanya, dalam tempoh penguatkuasaan pendidikan itu, penguat kuasa Jabatan Kesihatan Terengganu  telah mengeluarkan 560 amaran kepada perokok menerusi 154 operasi yang dijalankan di seluruh negeri. – BERNAMA

Tags: Larangan Merokokpantai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Mayat Terdampar, Dihurung Lalat Tepi Pantai

Mayat Terdampar, Dihurung Lalat Tepi Pantai

15/09/2023
0

SABAK BERNAM – Mayat seorang lelaki tanpa identiti dan dihurung lalat ditemui terdampar di kawasan pasir tepi Pantai Siput Bumi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd