• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palit Sejarah Hitam Anwar, Kit Siang Tak Jadikan Mahathir PM

oleh AK-47
27/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan  dibenarkan menjadi perdana menteri oleh pimpinan Pakatan Harapan sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 tetapi hanya diperalatkan untuk menyerang UMNO, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tentunya tidak akan membiarkan perkara itu menjadi kenyataan atas sejarah hitam atau ‘dosa silam’ Dr Mahathir ke atas mereka dan keluarga mereka semasa bergelar perdana menteri.

“Dosa Dr Mahathir pada mereka terlalu besar. Macam Lim Kit Siang, anaknya, Lim Guan Eng pernah dipenjara dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Dr Mahathir dan begitu juga dengan Anwar, beliau sendiri dituduh dengan dengan pelbagai tuduhan dan keburukan moral yang tentunya turut memalukan seluruh anggota keluarganya.

“Sebab itu, saya tidak fikir Anwar atau Kit Siang atau keluarga mereka boleh memaafkan dosa besar Dr Mahathir itu,” katanya mengulas mengenai kemungkinan Dr Mahathir menjadi perdana menteri sementara jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sijil kepada 213 penerima pada majlis konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT)  Kemas di sini hari ini.

Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan Dr Mahathir dipergunakan oleh Anwar dan Kit Siang untuk menyerang UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas menyedari wujud ‘isu peribadi’ antara beliau dan UMNO selepas usaha menempatkan anaknya Datuk Seri Mukhriz di kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti 2013 gagal.

Dalam konteks sama katanya, DAP menggunakan peluang itu untuk menyerang Melayu dan UMNO melalui Dr Mahathir sehingga parti yang ditunjangi orang Melayu terus berpecah sedangkan DAP kekal seperti yang mereka mahukan.

Katanya parti diwakili orang Melayu telah berpecah kepada lima iaitu UMNO, PAS, PKR, Amanah dan PPBM dan dalam skala Pakatan Harapan, DAP kekal sebagai parti dominan.

“Budi bicara atau ikhsan mereka (DAP) amat ditagih dalam memilih atau melantik seorang perdana menteri jika memenangi pilihan raya umum,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd