• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PABM Angkat Bahasa Melayu Bertaraf Dunia – PM

oleh
27/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hasrat negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa semakin menjadi kenyataan apabila setiap tahun Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM 2017) Piala Perdana Menteri berjaya meraih penyertaan yang sangat menggalakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata PABM merupakan satu platform yang amat tepat ke arah mencapai matlamat mengantarabangsakan Bahasa Melayu agar terus kekal relevan dan berdaya maju.

“Ketika 2011, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu hanya disertai 24 peserta yang mengambil bahagian dari seluruh dunia.

“Tetapi pada tahun ini, seramai 53 peserta dari 36 buah negara menyertainya. Jadi tidak hairanlah jika kini Bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbesar di dunia.

“Saya yakin bahawa Bahasa Melayu  boleh menjadi bahasa perhubungan antarabangsa,” katanya ketika berucap dalam perasmiann PABM 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Tambahnya, Bahasa Melayu juga akan dijadikan subjek yang wajib diambil oleh pelajar-pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di Malaysia.

“Bahasa Melayu akan dijadikan subjek wajib diambil kerana kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan utama dalam sistem pendidikan di Malaysia.

“Pengusaan Bahasa Melayu akan terus dijadikan wahana perpaduan negara agar Bahasa Melayu lebuh tersusun dan inklusif,” katanya yang turut mengharapkan Bahasa Melayu tidak mengikut trend masakini yang kian menghakiskan martabat Bahasa Melayu.

PABM 2017 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri dengan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Acara tahunan kali ke-11 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) dan Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) ini membawa tema “Pengantaraan Bahasa Melayu” berpadanan dengan konsep memartabatkan Bahasa Melayu di mata dunia. – MYNEWSHUB.CC

Tags: pabmPerdana MenteriPidato Antarabangsa Bahasa Melayu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

Harus Terima Kenyataan Bahawa Keadaan Tidak Seperti Biasa – PM

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ramai pemimpin negara dunia berpendapat konflik di Asia Barat akan menjadi lebih parah dan mengambil masa yang...

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd