• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onani Dalam Kedai Buku, Pancut Kat Pelanggan Kedai

oleh
26/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAK hujan, atap tak bocor… Tapi tiba-tiba bahagian belakang badan wanita berusia 40 tahun ini basah?

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita apabila dia dalam tak sedar telah ”disembur’ dengan air mani seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika berada di sebuah kedai buku dekat Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, 16 Julai lalu.

Dikatakan ketika kejadian, mangsa sedang ralit membaca buku di ruangan kanak-kanak sambil menunggu suaminya yang sedang menyelesaikan urusannya di pusat beli belah tersebut.

Kelihatan di dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki memakai baju berwarna hitam telah mendekatinya dari belakang. Ketika kejadian berlaku, tidak ramai pelanggan yang ada di dalam kedai tersebut. Jadi mungkin kerana itu, lelaki tersebut dengan beraninya telah berkelakuan jijik seperti itu.

Lelaki berkenaan telah menggunakan sebuah buku untuk menutup kemaluannya daripada kelihatan dengan jelas sebelum dia menghampiri mangsa secara perlahan-lahan.

Kerana terlampau khusyuk membaca, wanita itu tidak menyedari bahawa lelaki durjana tersebut sudah pun memancutkan air maninya di belakang bajunya dan terus beredar dengan segera.

Setelah menyedari tentang perkara tersebut, mangsa yang terkejut dan trauma terus menghubungi suaminya yang juga merupakan seorang peguam yang berpangkat Dato’ berusia 38 tahun.

Mereka terus mendapatkan pihak pengurusan untuk menjejak lelaki tersebut namun apakan daya, mereka gagal kerana lelaki itu telah berjaya meloloskan diri.

“Isteri saya ketakutan dan menangis, dia tidak menyangka ada individu seperti itu yang sanggup melakukan perbuatan keji itu di sudut bacaan kanak-kanak di dalam kedai buku.

“Saya ada anak perempuan dan saya tidak mahu insiden seperti ini berlaku kepada isteri saya dan orang lain,” katanya.

Suami mangsa menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati kerana kemungkinan besar, suspen akan mengulangi perbuatan jijik itu selagi dia belum diberkas oleh pihak berkuasa.

Dia juga berharap agar suspek akan dapat diberkas dan berharap dengan kuasa viral pada masa kini, mungkin suspek akan dapat diberkas oleh pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: solaris dutamas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd