• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Noh Kesal Selangor Terus Politikkan Isu PPR Lembah Subang

oleh AK-47
18/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Kementerian  Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kesal dengan apa yang didakwa tindakan kerajaan Selangor terus mempolitikkan isu Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 hingga menyukarkan usaha membantu penghuninya.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata terbaharu, KPKT menerima notis pengosongan bangunan bertarikh 17 Julai daripada kerajaan negeri menerusi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mengarahkan  kementerian itu mengosongkan ruang pejabat yang didirikan di PPR itu sejak awal tahun ini.

Menurutnya KPKT telah mengubahsuai sebuah daripada unit rumah di PPR itu untuk dijadikan pejabat bagi memudahkan usaha berurusan dengan penghuni di kawasan itu.

“Saya nak tanya kerajaan negeri, mengapa notis pengosongan bangunan dikeluarkan setelah pejabat ini beroperasi hampir tujuh bulan, dan bukannya semasa kerja-kerja pengubasuaian bangunan dibuat,” katanya dalam sidang media selepas melawat tapak Projek Taman Sungai Yu Indah di sini hari ini.

Noh turut mendakwa MBPJ tidak telus dan profesional apabila mendirikan sebuah pejabat di atas  tanah  KPKT yang juga terletak bersebelahan pejabat KPKT di PPR itu.

MBPJ dalam notis itu memberikan masa 30 hari kepada KPKT mulai 17 Julai untuk mengosongkan bangunan itu dan jika gagal maka tindakan merobohkan bangunan itu akan dibuat  kerana  menyalahi  Seksyen 70 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Bagi kepentingan 10,000 penduduk di 3,000 unit PPR itu, Noh meminta kerajaan negeri Selangor menyerahkan semula pengurusan PPR Lembah Subang 1 kepada kementeriannya.

Katanya, sepanjang berada di bawah pengurusan kerajaan negeri, PPR Lembah Subang 1 telah berdepan dengan masalah sampah, penyelenggaraan lif dan kekurangan kemudahan asas lain.

Noh berkata pihaknya telah membelanjakan lebih RM20 juta daripada RM60 juta yang dituntut  kerajaan Selangor bagi proses pengambilalihan pengurusan PPR Lembah Subang 1 yang antaranya melibatkan tunggakan bayaran sewa penduduk PPR itu. –  BERNAMA

Tags: KPKTTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

Buang Sampah Merata-Rata Jatuhkan Imej Negara – Nga Kor Ming

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan bahawa perbuatan membuang sampah merata-rata bukan sahaja mencemarkan...

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd