• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

New Delhi Berjaga-Jaga Susulan Serangan Di Kashmir

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Ibu kota India diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan serangan di Kashmir yang menyebabkan tujuh penganut Hindu terbunuh dan 19 yang lain cedera dalam kejadian yang dilaporkan berlaku 8.30 malam tadi waktu tempatan.

Menurut agensi berita Xinhua, polis Delhi mengeluarkan nasihat yang mengarahkan langkah pengawasan anti-keganasan dibuat di lokasi yang dikhuatiri menjadi sasaran serangan keganasan termasuk di pusat-pusat beli-belah, kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat keagamaan, stesen keretapi, lapangan terbang dan yang seumpama dengannya.

Menurut kenyataan itu, pasukan anti-keganasan juga ditempatkan di lokasi berlangsungnya upacara keagamaan Kanwar Yatra yang akan berakhir 21 Julai ini. Kanwar Yatra ialah upacara keagamaan tahunan masyarakat Hindu bagi menghormati Lord Shiva.

Kenyataan polis itu turut menyebut pasukan Gerak Khas akan ditempatkan di beberapa lokasi strategik di sepanjang laluan yang digunakan penganut Hindu pada upacara keagamaan itu.

Semalam, bas membawa kira-kira 40 penganut Hindu yang dalam perjalanan balik dari Amarnath Cave di daerah Anantnag terperangkap dalam kejadian tembak-menembak.

Perdana Menteri India Narendra Modi mengutuk serangan keganasan itu.

Semasa upacara Yatra, penganut Hindu akan melakukan perjalanan selama 40 hari menuju ke Amarnath, bermula 28 Jun.

Setiap tahun, upacara itu melibatkan kawalan keselamatan ketat dengan kira-kira 40,000 anggota keselamatan mengawal laluan yang digunakan serta dilengkapi sistem pengesanan menggunakan satelit. – BERNAMA

Tags: serangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

Malaysia Kecam Serangan Terbaru Israel Di Gaza, Nyatakan Pencabulan Gencatan Senjata

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mengecam keras serangan oleh rejim Israel di Gaza yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa,...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd