• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Temui Bahan Letupan Di Perairan Endau

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebutir bahan letupan ditemui seorang nelayan terapung di perairan Endau dekat Mersing, semalam, ketika sedang menangkap ikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, ASP Mohd Nor Mohd Isa berkata bahan letupan  moden jenis ‘Mine Disposal Charge -Warcharge’ itu berukuran 0.97 meter dengan ukuran lilit 1.17 meteri.

“Nelayan menemuinya terapung di laut dan kemudian membawa balik ke Jeti Vista Jalan Dato Mohd Ali, Endau, 10.50 pagi, semalam,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Mohd Nor berkata polis bertindak ke jeti terbabit sejurus menerima laporan bagi melakukan pemeriksaan.

Beliau berkata pasukan pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah hadir ke lokasi bagi tujuan pemusnahan bahan letupan itu hari ini.

Sementara itu, Sel Perhubungan Raya, Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang menerusi kenyataan berkata Bilik Operasi MAWILLA 1 menerima maklumat mengenai penemuan objek disyaki bom oleh sebuah bot nelayan tempatan itu pada 10.45 pagi semalam.

MAWILLA 1 menasihati nelayan dan komuniti setempat untuk menjauhi daripada menyentuh objek itu seterusnya membuat laporan penemuan di balai polis berhampiran.

“Dalam masa sama, Tim Pemusnah Ordnans dan Letupan TLDM terdiri daripada tiga pegawai dan seorang anggota ditugaskan ke lokasi di Jeti Vista bagi membantu polis mengenal pasti objek tersebut serta memberi khidmat nasihat pemusnahan objek yang dipercayai ‘Mine Disposal Charge’,” menurut kenyataan TLDM.

Pemusnahan objek kemudian dilakukan 11.24 pagi hari ini di Sungai Paya Mengkuang, kira-kira lima kilometer dari Jeti Vista oleh Unit Pemusnah Bom Polis Johor dengan bantuan Tim Pemusnah Ordnans dan Letupan TLDM.

Mine Disposal Charge adalah peralatan yang digunakan bagi memusnahkan periuk api yang dipasang di bawah permukaan atau dasar laut. – BERNAMA

Tags: BomNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd