• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nekmat Galak Pengguna Pilih Ikan Segar Beku Q’Fish

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggalakkan pengguna membeli ikan segar beku Q’Fish yang dibekalkan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) sebagai pilihan sekiranya harga ikan naik di pasaran.

Pengarah LKIM Negeri Sembilan, Mohamad Hassim Mat Jahaya berkata jualan ikan Q’Fish boleh diperoleh di MYFarm Outlet Putrajaya setiap hari pada harga RM8.50 sekilogram dan pasar tani serta Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang terpilih dengan harga tidak melebihi RM10 sekilogram.

“Terdapat lapan jenis ikan segar beku di bawah program Q’Fish iaitu ikan tilapia, keli, kembung, selar, pelaling, aya, cencaru dan selayang. Program ini diadakan bagi menawarkan ikan segar beku yang berkualiti sebagai pilihan dengan harga berpatutan kepada pengguna.

“Penjualan Q’Fish akan diperluaskan ke negeri-negeri melalui jualan terus kepada pengguna di lokasi atau pasar tani terpilih dalam masa terdekat melalui penyertaan Persatuan Nelayan Negeri dan Kawasan. Inisiatif ini diharap akan dapat membantu rakyat dan dalam masa sama menggalakkan pengambilan ikan segar beku,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya LKIM sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan bekalan mencukupi dan tidak membebankan pengguna serta akan menggerakkan stok bekalan ikan segar ke seluruh negara sekiranya didapati ia berkurangan di pasaran.

“Penghantaran bagi menampung bekalan tidak menjadi halangan memandangkan Nekmat mempunyai kemudahan lori kontena dan lori berhawa dingin yang boleh digunakan untuk pengedaran di seluruh negara,” katanya.

Mohamad Hassim berkata dua pusat lain turut bertanggungjawab sebagai pusat simpanan ikan segar sejuk beku iaitu Persatuan Nelayan Negeri Kedah (NEKAD) dan Persatuan Nelayan Kawasan Besut (PNK Besut).

Katanya stok simpanan sedia ada ini mampu menampung bekalan bagi kawasan tengah, selatan, utara dan pantai timur semenanjung. – BERNAMA

Tags: IkanNekmat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd