• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naza Italia Akan Buka Bilik Pameran Ferrari City

oleh AK-47
21/07/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naza Italia, pengimport rasmi tunggal dan pengedar kereta Ferrari di Malaysia akan membuka bilik pameran Ferrari City di Naza Platinum Park menjelang akhir September depan.

Ketua Pegawai Operasi NAZA Italia, Farid Sulaiman berkata kemudahan bernilai RM3 juta itu akan mempamerkan model terbaharu Ferrari dan menjadi sebahagian daripada strategi syarikat untuk meningkatkan kehadiran jenama Ferrari di kawasan metropolitan itu.

“Kami tidak akan menjual kereta, kami menjual mimpi, jadi kami perlu memberikan pengalaman pemilikan secara menyeluruh.

“Pemilik Ferrari akan dapat menyertai aktiviti gaya hidup yang dicipta khusus bagi komuniti Ferrari,” katanya pada sidang media bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-70 Ferrari dan pelancaran model edisi terhad, LaFerrari Aperta di sini hari ini.

Model tanpa bumbung daripada genetik “supercar” LaFerrari itu hanya akan dikeluarkan sebanyak 209 buah sahaja bagi meraikan ulang tahun Ferrari ke-70.

“Inilah adalah kereta hibrid pertama yang diperkenalkan oleh Ferrari,” katanya.

Kereta tersebut hanya boleh dibeli melalui jemputan kepada pelanggan setia dan mereka yang pernah membeli sehingga enam Ferrari di atas nama mereka.

LaFerrari berharga RM6.8 juta, tidak termasuk duti dan opsyen, ia dipacu oleh enjin 6,266 cc V12 dan mampu membuat pecutan pada tiga saat untuk mencecah 100 meter. – BERNAMA

Tags: Farid SulaimanNAZA Italia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd