• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasik Lemak ‘Pink’ Hello Kitty Jadi Tumpuan

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS populariti yang diterima Nasi Lemak Anak Dara, Nasi Lemak Pondan, Spiderman dan sebagainya, kali ini giliran karakter popular Jepun, Hello Kitty pula mencuba nasib sama.

Biarpun baru seminggu diperkenalkan, nasi lemak berwarna merah jambu dengan identiti comel watak kucing Hello Kitty itu sememangnya berjaya menarik perhatian ramai netizen menerusi media sosial.

Dua sahabat, Nurul Aida Zulkifli dan rakan kongsinya, Zaharina Mohd. Tahar mendapat idea untuk menjual nasi lemak Hello Kitty berwarna pink itu dengan kereta Perodua Kelisa yang diubah suai mengikut karakter kartun terbabit.

Menurut Nurul Aida, 29; watak kartun kucing comel itu dijadikan tarikan untuk melariskan nasi lemaknya yang juga merupakan air tangan rakan kongsi, Zaharina, 32; dan dijual pada harga RM3.50 sepeket.

“Aksesori kereta saya semuanya ditukar warna pink, kereta dicat warna pink dihias dengan patung Hello Kitty bagi menarik pelanggan.

“Kami juga pakai pakaian warna pink serta memulakan perniagaan dari jam 7 pagi hingga 9 pagi,” katanya dipetik Sinar Harian.

Nurul Aida yang berasal dari Kampung Kok Pasir, Tumpat, Kelantan mengakui sudah menghabiskan sebanyak RM4,000 untuk modifikasikan keretanya itu.

Tambah ibu kepada dua anak itu, mereka juga menjual nasi lemak secara dalam talian dan menghantar kepada pelanggan dengan menaiki kereta Hello Kitty berkenaan.

“Petang Jumaat ini saya akan buka ‘carboot’ berniaga nasi lemak berdekatan dengan pasar raya besar Tesco di Kota Bharu.

“Sesiapa yang mahu tahu perkembangan nasi lemak Hello Kitty boleh mengikutinya di Facebook Mdm Ngoh Ediey,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: Hello Kittynasi lemakPINK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

Mahal Sangat Ke Nasi Lemak RM3 Sebungkus?

24/12/2025
0

Soalan ini nampak remeh, tetapi sebenarnya mencerminkan sikap kita sebagai pengguna. Dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat, harga nasi...

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

CIA Kongsi Hantaran Fakta Nasi Lemak Raih Tumpuan Ramai

20/04/2024
0

SHAH ALAM - Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran berhubung fakta-fakta menarik mengenai nasi lemak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd