• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nakhoda, Kru Disyaki Ambil Pasir Secara Haram Ditahan

oleh Ahmad Albab
06/07/2017
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 4 Klang menahan sembilan warga China disyaki terbabit dalam pengambilan pasir laut secara haram di perairan Klang, semalam.

Pengarahnya, Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada nakhoda dan kru kapal ‘Xin Zhou 1’ berusia lingkungan 41 hingga 60 tahun.

“Menerusi rondaan kira-kira 4.30 petang semalam, pasukan Maritim mengesan kapal itu kurang tiga batu nautika dari perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu gagal mempamerkan dokumen pengambilan pasir laut yang sah selain gagal mempamerkan Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL)…seorang daripada kru kapal itu juga dikesan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua warga China yang ditahan itu akan disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, Maritim Klang akan terus meningkatkan pemantauan serta operasi di kawasan yang dikenal pasti sebagai titik panas bagi menghalang dan mengekang jenayah maritim di perairan itu.

“Kami berharap orang ramai juga dapat memberikan kerjasama jika ternampak atau mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram seperti ini dan laporkan terus kepada kami di talian 24 jam MERS 999,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Curipasir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perak Pertama Sistem E-doket Pantau 74 Kuari

Next Post

PDRM Nafi Adakan Iklan Temuduga Terbuka Di Media Sosial

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

Next Post

PDRM Nafi Adakan Iklan Temuduga Terbuka Di Media Sosial

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd