Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Sultan Selangor Berkenan Rasmi...

TANJUNG KARANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan...

Petisyen Online Pecat Tommy...

SHAH ALAM - Satu petisyen atas talian yang mendesak Peguam Negara, Tan Sri...

UMNO Terus Matang Selari...

IPOH - UMNO akan menyambut ulang tahun ke-70 penubuhannya pada 11 Mei depan,...

Syed Shamim Risau Hilang...

PENYANYI Syed Shamim mengakui bimbang akan hilang peminat apabila mengambil keputusan untuk muncul...

Najib Serah Tawaran Haji 1,100 Pemimpin Masyarakat

PUTRAJAYA – Keuntungan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bukan hanya digunakan untuk program tajaan ke Tanah Suci, sebaliknya merangkumi pelbagai inisiatif lain membabitkan bantuan perumahan dan pendidikan dengan nilai ratusan juta ringgit, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha 1MDB, dengan sebahagian daripada keuntungannya digunakan untuk membangunkan masyarakat itu tidak boleh dibiarkan musnah disebabkan andaian individiu yang disifatkannya sebagai “tidak boleh pakai sama sekali”.

Sehubungan itu, golongan imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai pemimpin yang dekat dengan masyarakat di peringkat akar umbi, perlu memperbetulkan dan memperjelaskan dakwaan tidak benar mengenai 1MDB yang dibuat pihak berkepentingan berkenaan.

“Sebab itu, apabila orang kritik 1MDB, kita sebagai pemimpin masyarakat mesti faham. Ini kerana sebahagian keuntungan 1MDB kita (kerajaan) gunakan untuk program kebajikan, tetapi ia tidak disebut,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan haji tajaan Yayasan 1MDB kepada 1,100 penerima di sini hari ini.

Majlis penyerahan surat tawaran kepada 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Najib berkata program khas haji tajaan yayasan 1MDB boleh diteruskan jika kerajaan sedia ada dipertahankan serta dikekalkan pada masa mendatang.

“Saya harap anda yang akan mengerjakan haji ini dapat mendoakan supaya negara dan kepimpinan negara dapat dikekalkan untuk kesinambungan program kebajikan yang dilaksanakan,” katanya.


Najib berkata di sebalik pelbagai tohmahan negatif segelintir pihak termasuk seorang bekas perdana menteri, 1MDB telah menghantar 5,711 jemaah dengan tajaan RM57 juta sejak inisiatif itu dilaksanakan lima tahun lepas.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan saguhati RM1,000, sepasang jubah serta rawatan perubatan percuma kepada setiap bakal haji yang akan berangkat ke Tanah Suci.

Majlis itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. — BERNAMA

Kategori