• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minuman Fanta Halal & Tiada Lemak Babi – Jakim

oleh AK-47
02/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan bahawa minuman berkarbonat jenama Fanta adalah halal selepas sebuah poster yang mendakwa sebaliknya menjadi tular.

Jakim melalui laman Facebook rasmi Bahagian Hab Halal menegaskan bahawa sehinggi kini, minuman bergas itu adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Kenyataan itu dikeluarkan pada 1 Jun 2017 dan menurut badan agama tersebut, ia bukan merupakan perkara baharu dan pernah diviralkan dua tahun lalu.

“Untuk makluman, jawapan kepada isu ini pernah dijawab oleh Bahagian Hab Halal JAKIM pada 12 Oktober 2016 dan 28 Disember 2015.

“Justeru, bersama kita sebarkan info ini agar dapat menyelamatkan ummah dari terjebak dengan salah faham dan fitnah berangkai,” tulis Jakim.

Dalam poster berkenaan, ia mendakwa  air minuman itu mengandungi karsinogenik (E211 dan E224) dan lemak babi.

Poster itu turut menyatakan bahawa perkara itu diperoleh daripada seorang sarjana Islam Sri Lanka, Mufti Mohammed Ibrahim Mohammed Rizwe atau Rizwi Mufti.

Malah, poster itu juga meminta orang ramai supaya tidak memadamnya sebaliknya berkongsi poster terbabit kepada seluruh umat Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jakimproduk halal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf

03/11/2025
0

JAKIM Tegas: Pengiktirafan “Muslim Choice” Oleh Muslim Friendly Watch Tidak Diiktiraf   PUTRAJAYA, 2 Nov – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd