Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

International Compliance Association Buka...

KUALA LUMPUR - The International Compliance Association (ICA) membuka pejabatnya di Malaysia bagi...

Tiada Pelajar Tajaan MAINS...

NILAI - Tiada pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dihantar melanjutkan...

Bayi Perempuan Baru Lahir...

JOHOR BAHRU - Seorang bayi perempuan dipercayai baharu lahir dijumpai di dalam sebuah...

DAP Sambut Baik Cadangan...

KUALA LUMPUR - DAP menyambut baik cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat...

Media Medium Efektif Pupuk Kesedaran Derma Darah

MELAKA – Seiring dengan perkembangan teknologi terkini, media disifatkan medium yang paling efektif bagi memupuk kesedaran menderma darah dalam kalangan masyarakat, kata Ketua Unit Tabung Darah Hospital Melaka Dr Noramiza Mat Amin.

Beliau berkata kempen melalui media, yang berperanan sebagai saluran maklumat kepada masyarakat, perlu dioptimumkan bagi mengelakkan berlakunya masalah kekurangan bekalan darah dengan Hospital Melaka sendiri memerlukan purata 500 hingga 600 unit beg darah seminggu.

“Justeru tindakan proaktif pengamal media dalam menguar-uarkan kepentingan menderma darah sebenarnya mampu menyelamatkan nyawa orang lain di samping menampung keperluan tersebut.

“Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua golongan masyarakat di negeri ini atas keprihatinan mereka tampil menderma darah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Beliau berkata media, baik tradisional atau media baharu, merupakan faktor penting untuk menyeru lebih ramai rakyat menderma darah dan pihaknya sedia bekerjasama dengan pihak media bagi merealisasikan usaha itu.

Hospital Melaka pernah mengalami kekurangan bekalan darah pada Aidilfitri lepas kerana kekurangan penderma, namun kini bekalan darah terutama jenis O semakin stabil  berikutan kempen yang dijalankan dengan bantuan sebaran maklumat oleh media di negeri ini. – BERNAMA

Kategori