Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

Sokong Keputusan Kabinet Hentikan...

KUALA NERUS - Kerajaan Terengganu menyokong penuh langkah drastik Kabinet yang menghentikan sementara...

Ulama Seluruh Dunia Berkumpul...

KUALA LUMPUR - Buat julung kali Malaysia akan menjadi tempat perhimpunan para ulama...

Kotak Hitam Helikopter Terhempas...

KOTAK hitam helikopter jenis S365 milik IGB Corporation yang terhempas di Semenyih, semalam telah dijumpai...

PM Tunai Janji, Trump...

WASHINGTON DC - Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengeluarkan kenyataan keras berhubung keganasan terhadap...

Mayat Nelayan Hilang Ditemukan Hari Ini

ALOR SETAR – Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Kuala Sala, dekat sini pada pagi Sabtu lepas berjaya ditemukan tengah hari tadi.

Timbalan Penolong Pengarah Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM) Pengkalan Kuala Kedah Leftenan Maritim Hairil Izhar Norazmi berkata mayat Mohd Hafiz Abu Hasan, 36, dari Kampung Seberang Jaya dekat Yan ditemukan pada 1.45 tengah hari.

Beliau berkata mayat mangsa ditemukan terapung oleh nelayan lain pada kedudukan kira-kira 12 batu nautika dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh di barat daya Kuala Kedah sebelum diserahkan kepada pasukan penyelamat untuk tindakan lanjut pihak polis.

“Berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat yang digerakan pada petang Sabtu lalu ditamatkan pada pukul 2.30 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Hairil Izhar berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Yan untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk dikebumikan.


Katanya operasi mencari dan menyelamat mangsa itu membabitkan 20 bot nelayan, tiga bot Angkatan Pertahanan Awam (APM), dua bot bomba dan sebuah bot APMM manakala kawasan pencarian diperluaskan sehingga 150 batu nautika hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang Sabtu lalu, Mohd Hafiz yang pergi memancing seorang diri dipercayai terjatuh ke dalam laut dan bot yang dinaiki mangsa ditemui sekumpulan nelayan yang melalui kawasan itu pada 4.30 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat digerakkan sepasukan anggota bot Maritim pada 4.55 petang. – BERNAMA

Kategori