• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Bayi Tanpa Kepala Dijumpai Di Sg. Petani

oleh Ahmad Albab
12/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Mencampakkan bayi ke tempat sebarangan mengundang dua kemungkinan, sama ada diambil dan dipelihara insan prihatin, atau dimamah haiwan liar.

Sehubungan itu, mayat seorang bayi perempuan berusia 35 minggu ditemukan di hadapan sebuah kilang di Jalan Bakar Arang di sini semalam tanpa kepala dan tangan, dipercayai telah dimakan anjing liar.

Mayat bayi berkenaan sebelum itu dipercayai telah diletakkan di sekitar kawasan kilang tersebut oleh ibu bayi atau teman ibu itu dengan harapan ada insan yang mengambil untuk memeliharanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata mayat bayi malang itu dijumpai orang awam di kawasan berkenaan pada 4.30 pagi dan dipercayai telah mati sejak sehari atau dua hari lepas.

“Kepala dan kedua-dua tangan bayi terbabit dipercayai dimakan anjing liar, ini susulan maklumat awal yang mendakwa mayat terbabit dikelilingi anjing sebelum orang awam menyedari bahawa ia adalah mayat bayi.

“Hasil bedah siasat menyebut punca kematian adalah ‘tidak dapat dipastikan,” kata Md Zukir dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Suspek kes berkenaan belum dapat dikesan setakat ini. – BERNAMA

Tags: buang bayikejam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

Polis Giat Kesan Suspek Buang Bayi Di Kedai Jual Ayam

09/07/2023
0

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan...

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Lelaki Kejam Pukul, Bakar Anjing Hidup-hidup

30/03/2023
0

JOHOR BAHRU: Seekor anjing liar bukan sahaja dipukul, malah dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki tidak berhati perut dalam kejadian dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd