• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerahan Geran RPT Changkat Jong Hampir Selesai

oleh AK-47
05/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Hampir 80 peratus masalah penyerahan geran Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong berjaya diselesaikan hingga kini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, perkara berkenaan dapat diselesaikan berikutan Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak yang sentiasa komited dalam menjalankan tugas.

“Penyerahan geran kepada individu yang ditawarkan RPT adalah proses yang penting bagi memastikan mereka tahu mengenai kedudukan sebenar tanah yang didiami mereka.

“Bahkan ia turut memberi peluang kepada generasi kedua dan ketiga yang mendiami tanah RPT ini untuk tinggal atau membina kediaman di atas tanah yang ditawarkan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Mohd Azhar berkata, pihaknya sedang merancang untuk memberi keutamaan kepada generasi muda, terutama yang sudah berkeluarga dan menumpang di rumah ibu bapa mereka supaya ditawarkan geran tanah RPT.

Namun begitu, beliau juga turut memaklumkan bahawa lot RPT yang ditawarkan sekitar Teluk Intan juga semakin berkurangan ekoran tanah yang semakin terhad.

“Oleh itu, saya ingin memohon kerajaan persekutuan serta negeri agar mengambil alih tanah-tanah estet bagi dibangunkan sebagai lokasi penempatan seperti RPT dan rumah kos rendah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Azhar Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota UMNO Perlu Miliki Minda Menang Bantu Najib

07/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Anggota UMNO perlu menzahirkan semangat solidariti dengan mempersiapkan diri memiliki 'minda menang' bagi membantu dan menyokong kepimpinan...

Suasana Di Teluk Intan Ceria Dengan 500 Lampu Jalan

01/08/2017
0

TELUK INTAN - Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan RM250,000 di bawah projek pemasangan Lampu Jalan Kampung untuk kemudahan penduduk Parlimen Teluk Intan pada tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd