• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARA Peruntuk RM5j Bantu OKU Ceburi Bidang Usahawan

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan sebanyak RM5 juta tahun ini dalam usaha menggalakkan golongan kurang upaya (OKU) menceburi bidang keusahawanan menerusi Skim Pembiayaan Perniagaan Orang Kelainan Upaya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga Julai ini sebanyak RM2,133,500 telah diluluskan kepada 92 usahawan OKU Bumiputera bagi menjalankan perniagaan.

“Mara sememangnya  menyediakan peruntukan khusus untuk memberikan dana kepada usahawan OKU memulakan perniagaan dan saya percaya lebih ramai golongan ini akan berminat untuk menjalankan perniagaan bagi menyara kehidupan.

“Untuk tahun ini sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan dan saya harap dengan adanya pinjaman ini akan dapat membantu usahawan OKU jana pendapatan lebih tinggi…jumlah ini juga bergantung kepada keperluan, kalau tak cukup akan ditambah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Semarak Aidilfitri MARA 2017.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub serta Pengerusi Sementara Mara Datuk Dr Yusof Yacob.

Ismail berkata pihaknya juga akan berbincang dengan GiatMara untuk mewujudkan beberapa program latihan bagi melatih golongan itu mendapatkan kursus dan kemahiran.

Dalam pada itu, Ismail berkata dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baharu iaitu MRSM Arau, Perlis dan MRSM Semporna, Sabah akan mula beroperasi pada 24 Julai ini dengan pengambilan pelajar seramai 365 orang.

“Penambahan dua lagi MRSM ini akan menjadikan keseluruhan MRSM sebanyak 54 buah di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan pelajar lebih 35,000 orang,” katanya. – BERNAMA

Tags: OKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd