• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manjung Sentiasa Dalam Pemerhatian PDRM

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Manjung mempunyai populasi penduduk yang besar serta memerlukan pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan penduduk berterusan.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata daerah Manjung adalah antara yang unik di Malaysia berikutan beberapa kawasan sekitar daerah itu merupakan hab dan tumpuan utama di Malaysia.

“Di sini mempunyai pelabuhan besar (Pelabuhan Lumut) di Malaysia serta jana kuasa terbesar (TNB Janamanjung) di Asia yang membekalkan elektrik ke seluruh negara dan ia merupakan sasaran penting untuk pihak polis menjaga kesejahteraan di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas menyaksikan majlis serah terima tugas  Ketua  Polis Daerah Manjung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini, hari ini.

Pada majlis itu, ACP Muhammad Hanif Othman dilantik Ketua Polis Daerah  Manjung berkuatkuasa hari ini menggantikan ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah yang bersara wajib.

Muhammad Hanif sebelum ini bertugas sebagai Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, manakala Tengku Mohd Zailan telah berkhidmat di IPD Manjung sejak 15 April 2014.  – BERNAMA

Tags: manjung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

Bekalan Air Di Manjung, Perak Tengah Pulih 50 Peratus Esok

03/04/2023
0

PARIT: Bekalan air bagi 79,360 akaun pengguna di daerah Perak Tengah dan Manjung bakal pulih 50 peratus menjelang esok. Ikuti...

Stesen TNB Antara Terbesar Di Malaysia Alami Gangguan

02/08/2016
0

LUMUT - Pengguna di beberapa kawasan dilaporkan mengalami gangguan bekalan tenaga susulan Stesen Janakuasa Sultan Azlan Aziz Shah (SJSAS) di sini menghadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd