• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Pertama Di Dunia ‘Halal’ Uber, GrabCar

oleh
28/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan panggilan teksi menggunakan aplikasi mudah alih telefon pintar atau e-hailing kini ‘dihalalkan’ untuk beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Keputusan itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia sekali gus menyaksikan Malaysia menjadi negara pertama di dunia berjaya meregulasikan undang-undang khusus terhadap perkhidmatan e-hailing itu.

Kelulusan dua rang undang-undang tersebut secara tidak langsung membolehkan individu menjalankan operasi Uber dan GrabCar kini tertakluk kepada kawal selia undang-undang sebagai antara jenis pengangkutan awam.

Rang undang-undang itu antara lain, mencadangkan takrif kenderaan e-hailing dimasukkan ke dalam Jadual Pertama Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan menjadikan ia sebagai satu perkhidmatan awam yang sah.

Baca: Tambang Teksi KL Ke-8 Termurah Dunia! Ye Ke?

Nancy semasa membentangkan rang itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat kelmarin berkata, e-hailing wajar dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perantara, tertakluk kepada peruntukan dan seliaan undang-undang.

“Langkah kawal selia itu untuk memastikan penggunaan teknologi membawa kesan positif bukan sahaja kepada pemandu teksi, pemandu e-hailing dan penumpang, malah memberi ruang kepada usahawan tempatan.

“Mereka yang berminat akan dapat menerokai peluang dalam industri itu melalui pembangunan sistem aplikasi tempatan kerana lebih 50 peratus pelanggan teksi di negara ini menggunakan e-hailing,” kata Nancy lagi.

Pemandu teksi ujar beliau seharusnya memanfaatkan penggunaan teknologi moden itu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan ia tidak harus dilihat sebagai saingan kepada kaedah operasi teksi secara konvensional.

“Tetapi ia harus digunakan sebagai peluang kepada pemandu teksi dalam mengimbangi tawaran perkhidmatan dengan permintaan dan trend pasaran semasa,” jelas Nancy. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: e-hailingGrabCarUber
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

Pemandu E-Hailing Semakin Tertekan?

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Golongan pemandu e-hailing terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan semasa industri yang didakwa semakin menekan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd