• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kutuk Serangan Peluru Berpandu Houthi

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah dan berharap pelakunya dibawa ke muka pengadilan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan perbuatan keji yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamatan jemaah haji.

“Malaysia juga berdiri teguh dalam ikatan perpaduan dengan Arab Saudi dalam memelihara keselamatan dan kesucian kedua-dua kota suci, Makkah dan Madinah,” kata kenyataan itu.

Pasukan Keselamatan Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai ‘Burkan-1’, yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.

Wisma Putra berkata Malaysia berharap konflik yang berterusan di Yaman dapat diselesaikan secara aman.

Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu. – BERNAMA

Tags: Peluru Berpandu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

Korea Selatan Lengkapkan Sistem Pemintas Peluru Berpandu Jarak Jauh

29/11/2024
0

SEOUL : Korea Selatan hari ini mengumumkan sudah selesai membangunkan sistem pemintas peluru berpandu balistik baharu, menambah satu lagi lapisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd