• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Ketepi Pengundi Semak Persempadanan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tujuh penggundi tidak dapat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Melaka.

Ini berikutan keputusan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Umi Kalthum Abdul Majid bagi mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi Melaka dalam memberikan kebenaran kepada pengundi berkenaan untuk memulakan semakan kehakiman.

Dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan Peguam Negara untuk membatalkan perintah Mahkamah Tinggi, beliau berkata mahkamah bersetuju dengan permohonan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh.

Peguam Negara mewakili SPR dalam hal ini.

Umi Kalthum yang bersidang bersama Hakim Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim tidak mengeluarkan sebarang perintah mengenai kos.

Ketujuh-tujuh pengundi di Parlimen Kota Melaka dan Bukit Katil memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula oleh SPR yang didakwa mereka tidak berperlembagaan.

Ketujuh-tujuh mereka adalah Chan Tsu Chong, 29; Neo Lih Xin, 30; Azura Talib, 40; Lim Kah Seng, 30 ; Norhizam Hassan Baktee, 51 ; Amir Khairudin, 52 dan Amran Atan, 46.

Mereka menuntut perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula SPR berikutan kajian pada 2016 tidak berperlembagaan kerana ia tidak konsisten dengan Fasal 113 dan Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu ia tidak sah dan terbatal.

Pada prosiding pendengaran hari ini, Amarjeet Singh berhujah bahawa cadangan SPR tidak tertakluk kepada semakan kehakiman memandangkan keputusannnya bukan keputusan undang-undang yang menjejaskan hak responden-responden dan ia juga tidak mengikat sesiapa pun.

Beliau berkata cadangan SPR mesti mempunyai kesan undang-undang dan mengikat supaya dapat disemak oleh mahkamah.

“SPR hanya mencadangkan selepas berunding dengan pihak berkepentingan dan pembuat keputusan muktamad adalah badan perundangan. SPR tidak membuat keputusan yang mengikat apabila ia menyerahkan laporan akhirnya,” katanya.

Amarjeet Singh berkata Hakim Mahkamah Tinggi sepatutnya tidak memberi kebenaran kepada para pengundi memandangkan tidak ada kes yang boleh dipertikaikan, sambil menambah kes ini adalah kes yang patut dan wajar untuk mahkamah rayuan campur tangan.

Peguam Datuk S. Ambiga berhujah bahawa kebenaran untuk semakan kehakiman perlu diberikan kepada anak guamnya sambil menambah apa yang diminta mereka adalah peluang untuk didengar kerana mereka mahu memastikan SPR tidak mengurangkan hak mereka untuk mengundi.

Beliau berkata mahkamah boleh menghukum isu-isu mengenai perlembagaan sambil menambah mahkamah boleh memutuskan sama ada cadangan SPR adalah mengikut perlembagaan.

“Kami tidak meminta mahkamah untuk campur tangan dengan proses inkuiri namun kami mengatakan mahkamah mesti menghentikan SPR daripada bertindak secara tidak berperlembagaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Umi Kalthum Abdul MajidPeguam Datuk S. AmbigaSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd