Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Kes Low Yat: Afdlin...

INSIDEN pergaduhan di Plaza Low Yat masih belum reda apabila ramai pihak masih...

Nik Aziz Sokong Penggantungan...

KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari...

PM Singapura Selfie Bersama...

Comel sungguh melihat gelagat dan telatah Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang sempat...

BN Pahang Optimis Kekal...

KUANTAN - Barisan Nasional (BN) Pahang optimis dapat mengekalkan kemenangan besar pada pilihan...

MAAC Sokong Kerajaan Kekal Syarat Bahasa Melayu

SEREMBAN – Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) hari ini menyokong penuh keputusan kerajaan yang memutuskan tiada sebarang kelonggaran berkaitan Bahasa Melayu diizinkan untuk sebarang jawatan awam.

Presiden MAAC, Prof. Datuk Dr. Mohd. Idrus Mohd. Masirin berkata ini adalah penting bukan sahaja untuk memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini bahkan untuk memastikan polisi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa konsisten dan tidak dikompromi.

“Untuk membina negara bangsa adalah melalui penjiwaan bahasa negara atau bahasa kebangsaan sesebuah negara. Sepatutnya doktor perubatan tidak perlu atau tidak wajar menganggur kerana bilangan mereka untuk merawat 31 juta rakyat Malaysia masih tidak mencukupi.

“Bagaimanapun, janganlah Bahasa Melayu yang menjadi mangsa. Kompetensi Bahasa Melayu sangat penting jika mahu berkhidmat dalam kerajaan. Ia sama di mana-mana negara di dunia kecuali kalau yang bekerja dengan swasta,” katanya kepada Bernama di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata Kabinet hari ini memutuskan tiada sebarang kelonggaran berkaitan Bahasa Melayu diizinkan untuk sebarang jawatan awam.


Ahmad Zahid berkata Kabinet turut memutuskan untuk mengekalkan syarat-syarat lulus Bahasa Melayu dalam pengambilan semua jawatan dalam sektor awam di negara ini.

Dengan keputusan itu, Ahmad Zahid berkata Jemaah Menteri menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus dengan kepujian subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak pegawai perubatan gred UD41 yang diumumkan sebelum ini. – BERNAMA

Kategori