Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

KPDNKK Rampas Komputer Riba,...

LUMUT - Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan...

Puad Sedia Saman Mahathir...

Speaker DUN Johor, Puad Zarkashi hari ini menawarkan diri untuk menyaman Dr Mahathir...

Curang: Bukan Memanjang Lelaki...

SELEPAS Mynewshub menyiarkan kisah seorang wanita yang mendakwa suaminya bercinta dengan budak sekolah...

Dana RM20 Juta Tiada...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) berkata, peruntukan RM20 juta yang disediakan...

Lima Wajah Malaysia Di Persada Dunia

DATUK Wira Dr. Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Usahawan terkenal ini bertungkus-lumus dalam usaha memperkenalkan syarikatnya dan kini dikenali menjadi syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di negara ini.

Securiforce berjaya menyaingi lebih 400 syarikat lain dan memiliki 65 cawangan, 6,000 kakitangan, dan dikelilingi ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru ciptaan sendiri.

Perkhidmatan Securiforce bukan hanya terhad kepada ‘static guard’, malah merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high – tech cargo management, dan perkhidmatan ‘armoured trucking’.

Securiforce melebarkan sayap meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Ia memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.

Datuk Jimmy Choo Yeang Keat adalah pereka fesyen Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom. Choo dilahirkan di Pulau Pinang. Bapanya mengajarkan bagaimana membuat kasut, dan kasut pertama dihasilkan ketika berusia 11 tahun.

Jimmy Choo adalah pengasas Jimmy Choo Ltd iaitu rumah fesyen di British yang khusus dalam kasut, beg tangan, aksesori dan wangian.

Syarikat ini, ditubuhkan pada 1996. Jenama ini menjadi kegemaran Diana, Puteri Wales. Jimmy Choo PLC juga disenaraikan di Bursa Saham London .

Datuk Bernard Chandran adalah pereka fesyen. Bakatnya menarik pelanggan di kalangan elit tempatan. Malah, keluarga Diraja Malaysia dan Brunei serta Miss Universe. Chandran dikenali sebagai “Prince of Fashion” Malaysia.

Chandran juga personaliti televisyen. Dia pereka utama program realiti Projek Runway Malaysia.


Koleksinya turut dijual di Vogue United Kingdom. Chandran juga memperkenalkan jenamanya di Eropah dengan butik Couture di Knightsbridge, London.

Vivy Yusof ialah usahawan dan pengasas bersama Fashion Valet dan The DUCK Group. Graduan Undang-undang dari London School of Economics (LSE), Vivy menjadi Ketua Pegawai Kreatif di FashionValet, syarikat e-dagang yang diasaskan bersama suaminya pada 2010.


Ketika itu pasangan ini hanya berusia 23 tahun.

Kini Fashion Valet bernilai jutaan dolar dengan 150 pekerja dan membawa 500 jenama fesyen. FashionValet mempunyai pejabat dan gudang di Malaysia, Jakarta dan Singapura.

Tan Sri Azman Hashim, antara bilionaire Malaysia. Hartanya dianggarkan Forbes bernilai RM2.4 bilion. Kedudukan ke sembilan terkaya di Malaysia.

Azman Hashim tokoh korporat dan pengalamannya bermula di Perth, Australia. Tugasnya di Messrs OL Haines & Co (Akauntan Bertauliah) pada 1955 hingga 1960. Pada 1960, dia berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia sehingga Mei 1964.

Akhirnya, memulakan firma akaun Azman & Co dan menjadi rakan kongsi, Azman Wong Salleh & Co (Akauntan Bertauliah).

Pada 1993, Forum Perniagaan ASEAN mencadangkan Azman sebagai penerima anugerah “Businessman of the Year”.

Ini diikuti pada 1995 dengan anugerah “Pengurus Tahun” dari Kelab Alumni Perniagaan Harvard Business of Malaysia. Dewan Perdagangan Melayu Kuala Lumpur menganugerahkannya dengan “Grand Entrepreneurial Award” pada bulan Jun 1996 .

#laskarmalaya

Kategori