Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pelancong Kecewa Lihat Ikan...

SEMPORNA - Seorang pelancong asing merasa begitu sedih melihat betapa ikan yu senang-senang...

Hatrik Ronaldo Bantu Real...

MADRID - Cristiano Ronaldo merakamkan jaringan hatrik ketika Real Madrid menyamakan rekod kemenangan...

Sidang Khas Dewan Rakyat...

KUALA LUMPUR - Tidak sampai sejam bersidang, sidang khas Dewan Rakyat hari ini...

Jumpa Mayat Tukang Masak...

Hanya kerana hutang RM500, seorang tukang masak warga India dibelasah hingga mati oleh...

Lesen Sementara Buat 32 Penternak Kerapu Haram

BESUT – Seramai 32 penternak ikan kerapu yang menjalankan kegiatan secara haram di Besut akan diberikan lesen sementara oleh kerajaan negeri tahun ini bagi membolehkan mereka menternak secara sah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pengurusan Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya telah mengenal pasti kesemua penternak berkenaan yang beroperasi di kawasan Pengkalan Nyireh itu.

“Kerajaan negeri yakin dapat membantu penternak berkenaan yang majoritinya terdiri daripada kalangan belia, menternak ikan kerapu dengan lebih bersistematik dan terkawal bagi menghasilkan ikan kerapu yang berkualiti untuk dipasarkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Veteran DUN Jertih di Dewan Terbuka Penyelaras DUN Jertih di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta tiga agensi kerajaan iaitu Majlis Daerah Besut, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar supaya menyediakan garis panduan agar projek yang bakal dilaksanakan itu tidak akan menjejaskan prosedur jabatan masing-masing.

Beliau berkata, kerajaan negeri memberikan tempoh sebulan kepada ketiga-tiga agensi kerajaan itu untuk membuat garis panduan supaya ia dapat dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan, termasuk tidak menimbulkan masalah pencemaran kepada alam sekitar pada masa depan.


Muhammad Pehimi berkata selepas semua prosedur digariskan, barulah kesemua 32 penternak yang selama ini menjalankan aktiviti mereka secara haram dapat diberikan kebenaran sementara oleh kerajaan negeri bagi membolehkan mereka menternak ikan kerapu.

Beliau seterusnya mempelawa golongan belia di seluruh negeri ini yang berminat menceburkan diri dalam sektor pertanian tetapi tidak mempunyai kawasan atau tanah boleh memohon bagi mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri.

Katanya, golongan belia hanya dikehendaki mengenal pasti kawasan yang ingin mereka terokai sebelum memohon kebenaran bagi mendapatkan lesen sementara mengusahakan kawasan atau tanah berkenaan untuk tujuan pertanian. – BERNAMA

Kategori