• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 5,000 PATI, Majikan Ditahan Sejak 1 Julai

oleh Ahmad Albab
26/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai  5,173 pesalah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hingga semalam dalam Op Mega yang dijalankan bagi memburu majikan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingkar untuk berdaftar dalam Program E-kad.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata mulai 1 Julai hingga 7 pagi semalam, JIM telah mengadakan 1,272 operasi penguatkuasaan di seluruh negara.

“Seramai 17,955 orang telah diperiksa dan hasilnya seramai 5,065 PATI daripada pelbagai warganegara ditahan atas berbagai kesalahan imigresen.

“Selain itu 108 majikan turut ditahan dan 367 orang diberi notis untuk hadir memberi keterangan sepanjang tempoh ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daripada jumlah keseluruhan PATI yang ditahan, warga Bangladesh mencatatkan tangkapan tertinggi iaitu 1,520 orang, diikuti Indonesia (1,476), Myanmar (429), Vietnam (285), Thailand (206), Filipina (261) dan bakinya dari negara lain, katanya.

Mustafar berkata JIM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan beberapa kedutaan antaranya Bangladesh, India, Indonesia dan Nepal.

“Inisiatif ini dilaksana bagi memperjelaskan usaha yang dilakukan, serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh majikan dan pekerja selepas tamat tempoh pendaftaran E-kad.

“Ini juga termasuk urusan pengeluaran dokumen perjalanan oleh pihak kedutaan berkenaan dan untuk menyelesaikan proses penggajian semula,” katanya.

Bagi majikan yang gagal mendaftarkan pekerja asing mereka, JIM menggesa agar mereka dihantar pulang melalui Program Serah Diri secara Sukarela (Program 3+1) bagi mengelakkan risiko dikenakan tindakan undang-undang termasuk pendakwaan, katanya.

Melalui program itu, PATI dapat pulang ke negara asal melalui cara yang teratur dan mengikut undang-undang.

Beliau memaklumkan bagi tempoh 4 Jan hingga 25 Julai tahun ini seramai 125,061 PATI telah pulang ke negara asal melalui Program 3+1 itu.

Katanya, operasi penguatkuasaan JIM akan dijalankan secara berterusan tanpa henti dalam memutuskan rantaian kesalahan, termasuk melaksanakannya bersama agensi penguat kuasa undang-undang yang lain. – BERNAMA

Tags: Pati
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Orang Pembantu Taska Dirogol, 7 Suspek Ditahan

Next Post

1,027 Jemaah Dari Sarawak Tunai Haji Tahun Ini

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Next Post

1,027 Jemaah Dari Sarawak Tunai Haji Tahun Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd