Thursday, October 10, 2024

Creating liberating content

9 Anggota Komando 69...

LUMUT - Sembilan anggota komando 69 cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah bot...

Bila Neelofa Dalam Mood...

ISU berkaitan pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa sedang hangat diperkatakan saat ini selepas...

Sultan T’ganu Berkenan Lepaskan...

KEMAMAN - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melepaskan kira-kira 2,000 anak...

Kerajaan Tidak Bercadang Haram...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan penggunaan tayar celup memandangkan ia...

1,027 Jemaah Dari Sarawak Tunai Haji Tahun Ini

KUCHING – Seramai 1,027 jemaah dari Sarawak terpilih untuk mengerjakan haji tahun ini, dengan penerbangan pertama KT19Q berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini pada 30 Julai, pukul 10 malam.

Jabatan Penerangan Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka terdiri daripada para jemaah dari Kuching seramai 661, Miri (72), Sibu (56), Limbang/Lawas (22), Sri Aman (50), Sarikei (67), Bintulu (64) dan Mukah (35).

Menurutnya Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji, Zaiton Mohd Yusoff  mengesahkan semua jemaah dari Sarawak akan dibawa dengan lima penerbangan, dan majlis pelepasan penerbangan pertama akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Penerbangan berikutnya adalah pada tarikh antara 31 Julai dan 3 Ogos.


“Jemaah Haji dikehendaki melapor diri di LTAK empat jam lebih awal dari masa pesawat berlepas untuk penyerahan beg sandang, penyerahan stiker perumahan, pemeriksaan buku rekod kesihatan, penyerahan boarding pass, dan urusan X-ray bagasi dan lain-lain lagi,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori