Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Program Derma Darah Polis...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menyasarkan sebanyak 200 individu menyertai program derma darah...

Netizen Dukacita Sultan Abdul...

MERAFAK sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi...

Perjumpaan Khas Perikatan Nasional...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka mengadakan pertemuan dengan semua...

Jurulatih Kecergasan Mengaku Tidak...

GEORGE TOWN : Seorang jurulatih kecergasan sebuah gimnasium mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Lebih 5,000 Ikuti Program Khas Haji Perdana Menteri

KUALA LUMPUR – Penajaan Program Khas Haji Perdana Menteri yang diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu telah membolehkan lebih 5,000 jemaah menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Walaupun dah mencapai matlamat, kita akan teruskan program ini, semoga lebih ramai dapat menunaikan Rukun Islam kelima ini, Insya-Allah,” kata Najib menerusi catatan Facebook beliau, hari ini.

Perdana Menteri turut melahirkan rasa syukur apabila impian kerajaan untuk membawa ramai pemimpin di peringkat akar umbi untuk menunaikan ibadah haji telah tercapai.

Golongan akar umbi ini seperti imam, bilal, kakitangan kerajaan, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pesara guru telah banyak menyumbang kepada masyarakat tetapi kurang berkemampuan, katanya.


Bagi Program Khas Haji Perdana Menteri 2017, seramai 1,100 orang dari seluruh negara berpeluang menunaikan ibadah haji musim ini.

Mengikut rekod, seramai 111 orang pada 2011 dan 400 orang (2012), 776 orang (2013), 984 orang (2014), 1,181 orang (2015) dan 1,090 orang pada 2016 berpeluang menunaikan ibadah haji menerusi program berkenaan. – BERNAMA

Kategori