• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 5,000 Anggota Bomba Kawal Kebakaran Di LA

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Gabenor California, Jerry Brown semalam mengisytiharkan keadaan darurat di kawasan Butte County berikutan kebakaran hutan di kawasan itu yang kini mengancam kira-kira 5,400 kediaman.

Menurut agensi berita Xinhua, lebih 1,100 anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus cuba mengawal kebakaran yang bermula tengah hari Jumaat lalu dan telah memusnahkan kawasan seluas kira-kira 2,000 ekar (8.09 kilometer persegi) menjelang tengah hari Sabtu.

Seramai 4,000 penduduk di Oroville yang terletak kira-kira 780 kilometer di utara Los Angeles telah diarahkan berpindah, manakala 7,400 lagi penduduk dalam keadaan berjaga-jaga dan diminta berwaspada dengan arahan perpindahan setakat pukul 2 petang Ahad (2100 GMT).

Kebakaran yang diberi gelaran ‘wall fire’ di kawasan Butte County merupakan sebahagian daripada 14 kebakaran hutan yang kini melanda beberapa kawasan di California, yang menyaksikan lebih 5,000 anggota pasukan bomba dan penyelamat berhempas pulas untuk cuba memadamkan api.

Kebakaran paling besar melibatkan kawasan Alamo di San Luis Obispo County yang setakat ini memusnahkan hampir 24,000 ekar (97.12 kilometer persegi).

Kebakaran yang turut berlaku di Santa Barbara County telah memusnahkan kawasan seluas kira-kira 7,800 ekar (31.56 kilometer persegi) pada hari Ahad, dan setakat ini hanya lima peratus kebakaran berjaya dibendung.

Laporan NBC menyebut seramai 80 termasuk kanak-kanak yang menyertai perkhemahan di Circle V Ranch, Santa Barbara County, berjaya diselamatkan dan disatukan dengan keluarga masing-masing pada hari Ahad.

Kumpulan berkenaan dilaporkan terpaksa berlindung di tapak perkhemahan itu setelah gagal dibawa keluar berikutan kebakaran hutan di kawasan itu pada hari Sabtu.

Kebakaran di selatan California berlaku dalam keadaan suhu panas yang dijangka melebihi 90 darjah Fahrenheit (32.2 darjah Celsius), dijangka berlarutan sepanjang minggu ini. – BERNAMA

Tags: Kebakaran hutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

11/06/2023
0

ASTANA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar-besaran berlaku di timur laut Kazakhstan. Ikuti Mynewshub: Telegram Ia merupakan angka kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd