• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200 Anjing Berkeliaran Di Kuala Sepetang

oleh Ahmad Albab
17/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Penduduk Kuala Sepetang di sini mendakwa terdapat lebih 200 ekor anjing liar berkeliaran di kawasan tersebut sehingga meningkatkan kebimbangan penularan penyakit anjing gila atau Rabies.

Malah, penduduk di Kuala Sepetang mendakwa banyak anjing liar telah mati kebelakangan ini akibat Rabies.

Seorang penduduk, Lim Ka Hock, 50, berkata anjing-anjing liar berkenaan kebanyakannya keluar pada waktu malam.

“Penduduk sangat bimbang dengan anjing-anjing ini, lagi-lagi dengan penyakit sekarang. Kita minta supaya pihak berkenaan dapat ambil tindakan supaya penduduk tidak rasa terancam,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Tan Kar Kee, 62, pula berharap pihak bertanggungjawab dapat mengambil langkah sewajarnya, termasuk menangkap anjing liar yang ada bagi mengelak haiwan itu menggigit manusia.

​​​​​​​“Saya sangat terkejut bila dengar ada anjing gigit orang dan harap ini tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Perak Dr Fuziah Muhayat berkata dakwaan penduduk banyak anjing liar mati akibat Rabies hanyalah khabar angin.

“Setakat ini hanya rumours. Jabatan masih menyiasat secara terperinci,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri Perak serta Pejabat Kesihatan Daerah Larut, Matang dan Selama giat menjalankan penerangan mengenai penyakit anjing gila di sekitar Kuala Sepetang.

Tinjauan Bernama mendapati petugas daripada jabatan berkenaan mula membuat pemantauan serta penerangan seawal pukul 9 pagi selain turut melakukan bancian bagi mengetahui jumlah anjing dan kucing di kawasan itu.

Pada 4 Julai lepas, dua kanak-kanak perempuan masing-masing berumur 11 dan 12 tahun di Kuala Sepetang digigit anjing peliharaan mereka sebelum haiwan itu mati lapan hari kemudian. – BERNAMA

Tags: anjingKes Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Aduan Penduduk: Anjing Didakwa Cemari Kawasan Parkir Kediaman

Tular Aduan Penduduk: Anjing Didakwa Cemari Kawasan Parkir Kediaman

20/12/2025
0

Tular Dakwaan Penduduk: Anjing Dipelihara Di Kawasan Parkir, Didakwa Mencemarkan Kebersihan KUALA LUMPUR – Satu perkongsian di media sosial mencetuskan...

Ekspo Haiwan Viral: Lokasi Disertu Pihak Berkuasa Agama Susulan Video Anjing Kencing Dalam Mall

Ekspo Haiwan Viral: Lokasi Disertu Pihak Berkuasa Agama Susulan Video Anjing Kencing Dalam Mall

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Lokasi penganjuran ekspo haiwan di Mid Valley Exhibition Centre awal bulan ini yang tular di media sosial susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd