• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantik Hakim Tambahan Ikut Perlembangaan

oleh Ahmad Albab
11/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelantikan Tan Sri Md Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutuan adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau menjelaskan pelantikan itu adalah selaras dengan Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan pelantikan Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutuan adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong atas sembah nasihat Ketua Hakim Negara pada sesuatu masa.

Dalam hal ini, menurutnya, sembah nasihat terhadap pelantikan Md Raus dan Zulkefli dibuat oleh Tun Arifin Zakaria kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Mac lalu, iaitu ketika beliau masih menyandang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara.

“Perlembagaan Persekutuan juga tidak menghalang untuk mana-mana Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutuan yang dilantik untuk terus menyandang sesuatu jawatan,”katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan pada perhimpunan bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM, di sini hari ini.

Azalina juga menegaskan bahawa pelantikan Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutuan bukan perkara baharu.

Ini kerana amalan sama pernah dibuat pada tahun lepas di mana bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Seri Jeffrey Tan Kok Hwa dilantik semula bagi tempoh dua tahun, manakala pada 1965, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Seri S Chelvasingam Maclntytre dilantik semula sebagai Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutuan.

Sehubungan itu, Azalina berharap semua pihak berhenti mempolemikkan isu itu dan membenarkan mereka untuk terus memartabatkan badan kehakiman negara.

“Saya juga berpendapat kepakaran dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka amat diperlukan oleh badan kehakiman negara,” katanya.

Azalina juga mahu semua pihak menghormati pelantikan kedua-dua Hakim Tambahan itu yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, mana-mana pihak yang berpendapat pelantikan Ketua Hakim Negara adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan boleh membawa perkara itu ke mahkamah mengikut undang-undang sedia ada.

Pejabat Perdana Menteri pada 7 Julai lepas memaklumkan Md Raus akan menyandang jawatan Ketua Hakim Negara bagi tempoh tiga tahun bermula 4 Ogos ini selepas dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan mulai tarikh dan bagi tempoh yang sama.

Ia juga menyatakan Zulkefli, yang dilantik sebagai hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan untuk tempoh dua tahun mulai 28 Sept ini, pula memegang jawatan Presiden Mahkamah Rayuan bermula tarikh dan bagi tempoh yang sama. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina OthmanHakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

‘Perbuatan Kamu Teruk’ – Hakim Tegur Bapa Tiri Rakam Video Anak Mandi

19/03/2025
2

MUAR: "Perbuatan kamu (rakam) sangat teruk. Mahkamah berharap kamu insaf dengan perbuatan ini, janganlah ulangi kesalahan seperti ini." Demikian teguran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd