• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kualiti Udara Negara Masih Ditahap Baik – Wan Junaidi

oleh AK-47
30/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara berada di tahap baik dengan hanya lima kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 11 pagi tadi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ​data status kualiti udara semasa negara juga menunjukkan kebakaran di Acheh Barat tidak memberi kesan kepada negara ketika ini.

“Bacaan IPU tertinggi pada tempoh itu dicatatkan di Kota Bharu, Kelantan dangan bacaan 57. Bagaimanapun, tiada kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat,” katanya.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas, berbahaya.

Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) pada Selasa memberi amaran mengenai peningkatan ancaman kebakaran hutan berikutan cuaca kering yang melanda wilayah Aceh, sekali gus menyebabkan wilayah itu mengalami jerebu.

Menurut laporan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) berpusat di Singapura semalam, terdapat 14 titik panas dikesan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia manakala empat titik panas dikesan di negara ini iaitu di Pahang dan Sabah.

Bagi menghadapi cuaca panas dan kering yang bermula sejak awal Jun lepas, Wan Junaidi turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka.

Mereka yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka di bawah Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua.

Selain itu, kompaun maksimum sebanyak RM2,000 boleh dikenakan bagi setiap kesalahan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Permudahkan Pendaftaran Pusat Tahfiz

Next Post

UMNO, BN Utamakan Calon Dikehendaki Rakyat

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

Next Post

UMNO, BN Utamakan Calon Dikehendaki Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd