• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Cari Mekanisme Selaras Harga Ikan

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mencari mekanisme sesuai untuk menyelaraskan harga ikan dalam pasaran pada harga berpatutan.

Timbalan Menterinya Datuk Henry Sum Agong berkata KPDNKK akan mengadakan rundingan dengan pembekal serta pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat tepat dan cadangan mereka dalam menyelesaikan masalah itu.

“Perbincangan juga melibatkan antaranya pemborong, LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan pihak berkaitan.

“KPDNKK sedang mencari jalan dan kita bukan hanya mahu supaya harga ini dapat diturunkan tetapi dapat diselaraskan untuk manfaat pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melawat  syarikat pengeluaran minyak masak di kawasan perindustrian Indera Mahkota di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau melawat Pasar Besar Kuantan bagi meninjau barangan jualan di situ. Turut serta  Timbalan Ketua Pengarah PPDNKK Suhaimi Mat Sari.

Sementara itu, Suhaimi berkata KPDNKK telah melakukan pemantauan susulan laporan kenaikan harga ikan yang tular dalam media sosial baru-baru ini dan akan  mengadakan perjumpaan dengan semua pihak berkaitan, termasuk nelayan dalam isu tersebut.

Langkah itu, katanya, adalah bagi mengesan punca kenaikan harga ikan dan tindakan boleh diambil sekiranya terdapat kesalahan dilakukan pihak berkaitan sehingga  menimbulkan masalah itu. – BERNAMA

Tags: harga ikanKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN sahkan harga ikan naik hingga 30 peratus di pasaran

KPDN sahkan harga ikan naik hingga 30 peratus di pasaran

17/12/2025
0

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengakui berlaku kenaikan harga ikan sehingga 30 peratus di pasaran....

Siakap Pangkor Tidak Cecah Harga Ribuan Ringgit

09/11/2021
0

BATU GAJAH: Harga ikan siakap di Pulau Pangkor dijual pada harga berpatutan dan tidak timbul isu ia dijual hingga mencecah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd