• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Yakin Tsunami Melayu Sokong DAP PRU14

oleh Ahmad Albab
23/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP yakin Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan menyaksikan gelombang tsunami dalam kalangan pengundi Melayu menumbangkan parti kaum mereka sendiri iaitu UMNO.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut membayangkan kakitangan kerajaan yang majoritinya kaum Melayu konon akan turut menumbangkan parti Melayu UMNO supaya Pakatan Harapan dapat memerintah negara.

Ironinya ujar beliau, DAP menjangkakan perkara itu kerana parti tersebut mendapat sokongan ramai orang Melayu yang berpengaruh seperti Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said (Pak Samad)

“Pak Samad masuk DAP dengan tujuan jelas untuk menyebarkan mesej impian Malaysia.

“Dalam keadaan itu pun masih ramai yang bimbang untuk menukar kerajaan dalam pilihan raya akan datang kerana katanya takut Melayu hilang kuasa,” sindirnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Pak Samad kerana menerima penganugerahan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri oleh Yang di-Pertua Pulau Pinang.

DAP merupakan ketua kepada parti-parti pembangkang yang bernaung di bawah Pakatan Harapan walaupun blok pembangkang itu dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pakatan Harapan kini hanya dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Antara agenda perjuangan DAP adalah membentuk sebuah kerajaan sekular dan liberal yang tulen di Malaysia serta hak sama rata setiap agama dan kaum di negara ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Lim Kit SiangOrang Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

“Orang Melayu Islam Telah Dikhianati” – PMX Anwar

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak dapat hadir Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya...

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

Mat Sabu Dakwa Guan Eng Penyelamat Tabung Haji – “Apa Orang Melayu Nak Kata Sekarang?”

30/07/2026
0

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd