• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokong Husam Jadi MB Cuma Pandangan Peribadi

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kenyataan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya Datuk Husam Musa dilantik sebagai menteri besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah pandangan peribadi beliau semata-mata.

Malah, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perkara itu langsung tidak dibincangkan di peringkat mesyuarat pimpinan PH.

“Perkara ini (cadangan Husam jadi MB) tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat PH dan ia bukan pandangan PH,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung di perkarangan Stadium Malawati, di sini hari ini.

Lim membuat cadangan itu baru-baru ini kerana beliau menyifatkan Husam, juga naib presiden parti Amanah, boleh menjadi teladan baik untuk rakyat negeri itu dan seluruh negara.

Ditanya mengenai cadangan parti Amanah untuk bertanding di Kelantan pada PRU14, Azmin yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat, berkata pengagihan kerusi akan dibincangkan di peringkat mesyuarat PH dan adalah penting bagi semua rakan parti komponen PH mencapai konsensus berhubung perkara itu. – BERNAMA

Tags: DAPDatuk Seri Mohamed Azmin AliLim Kit Siang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd