Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Kena Marah Di DAA3,...

BARU-BARU ini tular satu rakaman video memaparkan seorang penyanyi yang memarahi seorang peserta...

Singapura Usir Tiong Suka...

SINGAPURA - Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) akan melakukan semburan kabut...

Buka 24 Jam Akan...

KANGAR - Pembukaan pintu sempadan selama 24 jam akan membantu melonjak kemajuan Padang...

Sokong Amanah Sama Seperti...

KOTA BHARU - PAS menyifatkan pengundi yang menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) pada...

Kisah Rapper Singapura Buka Kedai Burger Halal Dan TMJ

SINGAPURA – Pelaburan rapper Melayu terkenal Singapura, Sheikh Haikel Sheikh Salim Bajrai membuka restoran burger halal yang bernama FatPapas di sini nampaknya kini cukup berbaloi.

Beliau malah mengambil langkah untuk buka sebuah lagi cawangan – kali ini di Joo Chiat Road, Katong. Ia dicapai hanya dalam masa beberapa bulan sahaja setelah restoran pertama dilancarkan di Bali Lane dekat Masjid Sultan.

Jika dilihat dari sudut perniagaan, ini adalah satu pencapaian luar biasa. Cawangan kedua itu dibuka pada 1 Julai. Sebelum ini, suami kepada aktres Anna Belle Francis itu membuka cawangan pertamanya pada 10 Februari lalu.

Restoran Fatpapas nampaknya bukan sahaja menarik minat orang Singapura, malah dari jirannya sendiri, Johor. Lebih tepat lagi, Tunku Mahkota Johor (TMJ) – iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah berkunjung ke situ.

Baginda dengan isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam bulan lalu datang merasai santapan di FatPapas. Uniknya, lawatan mengejut TMJ tanpa temujanji itu dilakukan pada Ramadan lepas di cawangan Fatpapas di Bali Lane.

Sheikh Haikel mendedahkan kepada agensi MediaCorp Singapura bahawa beliau dan TMJ sebenarnya sudah lama bersahabat: “TMJ adalah kawan Haikel. Dah nak masuk 14 tahun kami berkawan. Dia beri kejutan pada malam itu.

“Selalunya jika dia nak turun ke mana-mana, dia akan bagitau awal. Oleh kerana dia berhati baik dan selalu ingin menggembirakan yang lain, dia datang secara mengejut. Kami berbesar hati menerima kedatangan dia dan isteri.”

Restoran FatPapas sebenarnya adalah versi halal daripada restoran terkenal FatBoy’s yang cukup sinonim dengan burger-burgernya yang menyelerakan. FatBoy’s sendiri dilaporkan mempunyai 20 cawangan di beberapa negara.

Mungkin ada tanya, mengapa Joo Chiat jadi pilihan Sheikh Haikel, 41, untuk buka cawangan kedua. Rapper hip hop dan bekas DJ stesen radio yang pernah membintangi filem popular Army Daze pada 1996 itu menjelaskan rahsia.

“Atas kesedaran bahawa di Joo Chiat tidak ada banyak kedai makanan yang halal dan saya tahu ramai orang Islam ada di situ, sama ada mereka memang bekerja di situ dan tinggal di kawasan Katong, Marine Parade dan Siglap.”

Restoran itu turut memperkenalkan burger baharunya iaitu Churger Royale. Ia sangat istimewa kerana dibuat daripada churros. Setakat ini, burger yang paling terlaris di dua cawangan FatPapas ialah Country Fried Sheikh.

Mengulas lanjut, beliau turut tidak bimbang dengan persaingan sengit ketika terdapat banyak juga restoran serta kafe halal pada masa sekarang ini yang menyajikan pelbagai burger serta makanan Barat di merata Singapura.


“Haikel tidak pernah rasakan mereka adalah persaingan kerana masing-masing ada keistimewaan sendiri. Haikel masih lagi ke restoran yang lain kerana jika makanan itu sedap, ia perlu dihargai,” katanya dengan nada ikhlas.

FatPapas namun kini turut mendapat sambutan yang cukup baik dalam kalangan pelanggan Islam setempat. Isterinya yang sudah bertudung sejak awal Januari lalu – bersama-sama mengasaskan restoran FatPapas.

“Secara jujur, saya bukanlah orang bisnes. Cuma saya tahu ada makanan yang cukup sedap. Apabila makan dan saya kata ia sedap, ia benar-benar sedap. Badan saya sendiri ini sebagai bukti!” kata Sheikh Haikel sambil ketawa.

Bagaimana pula dengan kerjaya nyanyian Haikel kini setelah bergelar tauke dua buah restoran burger? Apakah ia tidak lagi penting dalam kamus hidup beliau? Menurutnya, muzik tetap menjadi sebahagian dari kehidupannya.

Malah, dalam masa terdekat ini, Sheikh Haikel akan muncul dengan single terbaharunya sebagai hadiah kepada para peminat yang mungkin sudah sekian lama menantikan lagu terkini daripada bapa kepada tiga orang anak itu.

“Yang pasti, ia tiada kena mengena dengan burger. Bila buka restoran di Bali Lane, dah niat nak buat lagu tentang burger tapi rasanya akan ambil masa lama. Single saya nanti itu sudah direncanakan dulu sebelum adanya FatPapas.

“Jadi saya rasakan single selepas ini adalah untuk FatPapas sudah semestinya,” kongsi Sheikh Haikel. Untuk single terbaharu, Haikel beri sedikit gambaran bahawa ia berkisar kepada ‘percutian dan luang masa bersama keluarga’.

Selain itu, beliau dan isteri juga mempunyai sebuah syarikat sendiri bernama Sports Star Network yang bertindak sebagai ejen ‘penjagaan media sosial’ untuk pemain bola sepak seperti Baihakki Khaizan dan Hariss Haruni.

Sheikh Haikel dijangka ke Jakarta, Indonesia pada minggu depan untuk menguruskan syarikat tersebut sekali gus mengendalikan pembukaan pejabat baharu mereka di sana nanti. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori